Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.yar] | ممباير

Definisi : 1. memberi wang utk harga barang yg diterima (utk menyelesaikan hutang, sbg upah kpd seseorang, dll): ~ gaji; ~ hutang; ~ bil elektrik; 2. menunaikan (janji, kaul, dll): ~ niat; 3. membalas (kebaikan dll): ~ budi; ~ ansur membayar sedikit-sedikit; ~ derau membalas budi (pertolongan beramai-ramai); ~ di belakang membayar sesudah menerima barang dll; ~ di muka membayar sebelum menerima barang dll; ~ hajat = ~ kaul = ~ nazar = ~ niat melepaskan (menunaikan) hajat (kaul dll); ~ kontan Id = ~ tunai membayar pd ketika menerima barang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.yar] | ممباير

Definisi : 1 memberikan wang utk harga barang yg dibeli (menjelaskan hutang dsb): Salmah ~ harga kopi dan gula kpd Pak Kadir, yg empunya kedai runcit itu. 2 melakukan sesuatu utk memenuhi janji dsb; menunaikan nazar (niat): ~ niat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membayar

Puisi
 

Hari ini hari Selasa,
     Hari besok hari Arbaª;
Mudah-mudahan terlepas seksa,
     Segeralah membayar segala qadaª.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Membayar nazar di Tanjung Batu, Kain putih dibawa lima; Biar mati seperti kutu, Jangan mati seperti tuma.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Uncang kecil isi sedikit, Membayar lada manakan sampai; Tulang menggigil lari terbirit, Dikejar janda di depan ramai. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Siguntang di hulu air, Mudiknya kajang berpapas; Nan berhutang nan membayar, Nan mencencang nan memampas.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Besar batang besar akar, Akar jangan dikerat-kerat; Besar hutang besar bayarnya, Membayar jangan berlambat-lambat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat berbatang ada akarnya, Adat berakar tentulah kukuh; Adat berhutang ada bayarnya, Adat membayar tentulah penuh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Hari ini hari Selasa, Hari besok hari Arbaª; Mudah-mudahan terlepas seksa, Segeralah membayar segala qadaª.Kurik Kundi Merah SagaAgama

Kembali ke atas