Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.yar] | ممباير

Definisi : 1. memberi wang utk harga barang yg diterima (utk menyelesaikan hutang, sbg upah kpd seseorang, dll): ~ gaji; ~ hutang; ~ bil elektrik; 2. menunaikan (janji, kaul, dll): ~ niat; 3. membalas (kebaikan dll): ~ budi; ~ ansur membayar sedikit-sedikit; ~ derau membalas budi (pertolongan beramai-ramai); ~ di belakang membayar sesudah menerima barang dll; ~ di muka membayar sebelum menerima barang dll; ~ hajat = ~ kaul = ~ nazar = ~ niat melepaskan (menunaikan) hajat (kaul dll); ~ kontan Id = ~ tunai membayar pd ketika menerima barang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.yar] | ممباير

Definisi : 1 memberikan wang utk harga barang yg dibeli (menjelaskan hutang dsb): Salmah ~ harga kopi dan gula kpd Pak Kadir, yg empunya kedai runcit itu. 2 melakukan sesuatu utk memenuhi janji dsb; menunaikan nazar (niat): ~ niat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membayar

Puisi
 

Hari ini hari Selasa,
     Hari besok hari Arbaª;
Mudah-mudahan terlepas seksa,
     Segeralah membayar segala qadaª.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sangian Mrkain yang menutup pelamin pengantin perempuan yang hanya dibuka setelah pihak lelaki membayar sejumlah harga yang ditetapkan.Habis wang di dompet gadis-gadis itu untuk membayar harga kain yang digunakan menutup pintu sangian. Mereka harus membayar wang sebelum dibenarkan masuk ke biliknya.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
panding Ibsejenis tajau kecil yang digunakan untuk membayar denda (bernilai RM2.00 - Daerah Saribas & Kalaka).Jenis-jenis tajau ini ialah seperti rusa, menaga, ningka, betanda, sergiu dan guci. Tajau yang lebih kecil seperti irun, panding dan jabir juga dibeli tetapi tajau-tajau ini tidaklah sepenting tajau-tajau lain.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tungkal IbHukum denda tambahan mengikut adat suku Iban sekiranya tidak dibayar denda sebelumnya.Sana pun membawa canang itu turun ke bawah rumah. Apabila sampai di bawah dia pun berkata, "Canang ini akan saya bawa pulang ibu untuk membayar denda adat tungkal berkenaan dengan anak Anal yang telah meninggal!" Sana terus membawa canang itu pulang ke rumahnya.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pembulian, *pambulian* Mrpembayaran balik bagi memenuhi sebahagian daripada hantaran belanja perkahwinan yang belum dipenuhi.Daripada pengalamannya itu, Eyat menjadi fasih berbahasa Melayu. Dia pernah berkahwin, tapi jodohnya tidak panjang. Isterinya diambil balik oleh keluarga mentuanya, kerana Eyat gagal menjelaskan pembulian ataupun "membayar balik" hantaran pemberian perkahwinannya.Setulus SarinaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngenselan Ibsuatu upacara keagamaan bertujuan untuk menghindarkan kejahatan atau kecelakaan dengan menggunakan darah ayam atau khinzir.Setelah mendapati mereka berdua ini benar-benar bersalah, Beti pun mengambil keputusan untuk merejam mereka mengikuti adat Sengalang Burong. Ini ialah kerana mereka telah tidak dapat membayar denda adat yang akan digunakan untuk ngenselan atau upacara membersihkan negeri dari perbuatan terkutuk.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas