Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.yar] | ممباير

Definisi : 1. memberi wang utk harga barang yg diterima (utk menyelesaikan hutang, sbg upah kpd seseorang, dll): ~ gaji; ~ hutang; ~ bil elektrik; 2. menunaikan (janji, kaul, dll): ~ niat; 3. membalas (kebaikan dll): ~ budi; ~ ansur membayar sedikit-sedikit; ~ derau membalas budi (pertolongan beramai-ramai); ~ di belakang membayar sesudah menerima barang dll; ~ di muka membayar sebelum menerima barang dll; ~ hajat = ~ kaul = ~ nazar = ~ niat melepaskan (menunaikan) hajat (kaul dll); ~ kontan Id = ~ tunai membayar pd ketika menerima barang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.yar] | ممباير

Definisi : 1 memberikan wang utk harga barang yg dibeli (menjelaskan hutang dsb): Salmah ~ harga kopi dan gula kpd Pak Kadir, yg empunya kedai runcit itu. 2 melakukan sesuatu utk memenuhi janji dsb; menunaikan nazar (niat): ~ niat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membayar

Puisi
 

Hari ini hari Selasa,
     Hari besok hari Arbaª;
Mudah-mudahan terlepas seksa,
     Segeralah membayar segala qadaª.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Membayar NazarSharif PuteraBerita Minggu21.01.1979
Emak membayar dua nazarTiadaMingguan Malaysia14.04.1996
Ramai tak mampu membayar bukuTiadaUtusan Zaman31.01.1988
50,000 meminjam, hanya 6,000 membayarHantu RayaUtusan Melayu21.01.1983

Kembali ke atas