Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.yar] | ممباير

Definisi : 1. memberi wang utk harga barang yg diterima (utk menyelesaikan hutang, sbg upah kpd seseorang, dll): ~ gaji; ~ hutang; ~ bil elektrik; 2. menunaikan (janji, kaul, dll): ~ niat; 3. membalas (kebaikan dll): ~ budi; ~ ansur membayar sedikit-sedikit; ~ derau membalas budi (pertolongan beramai-ramai); ~ di belakang membayar sesudah menerima barang dll; ~ di muka membayar sebelum menerima barang dll; ~ hajat = ~ kaul = ~ nazar = ~ niat melepaskan (menunaikan) hajat (kaul dll); ~ kontan Id = ~ tunai membayar pd ketika menerima barang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.yar] | ممباير

Definisi : 1 memberikan wang utk harga barang yg dibeli (menjelaskan hutang dsb): Salmah ~ harga kopi dan gula kpd Pak Kadir, yg empunya kedai runcit itu. 2 melakukan sesuatu utk memenuhi janji dsb; menunaikan nazar (niat): ~ niat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membayar

Puisi
 

Hari ini hari Selasa,
     Hari besok hari Arbaª;
Mudah-mudahan terlepas seksa,
     Segeralah membayar segala qadaª.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sumbing menitik, patah mengimpal.Berhutang membayar; salah dihukum. titik dan kimpal = tempa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggali lubang, menutup lubang.Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tutup lubang, gali lubang.Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali lubang, menutup lubang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gali lubang menutup lubang.Meminjam wang untuk membayar hutang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memakan hendak lemang, membeli hendak pelo.Inginkan barang yang bagus, tetapi tidak berani membayar mahal. pelo = ubi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher.Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas