Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.yar] | ممباير

Definisi : 1. memberi wang utk harga barang yg diterima (utk menyelesaikan hutang, sbg upah kpd seseorang, dll): ~ gaji; ~ hutang; ~ bil elektrik; 2. menunaikan (janji, kaul, dll): ~ niat; 3. membalas (kebaikan dll): ~ budi; ~ ansur membayar sedikit-sedikit; ~ derau membalas budi (pertolongan beramai-ramai); ~ di belakang membayar sesudah menerima barang dll; ~ di muka membayar sebelum menerima barang dll; ~ hajat = ~ kaul = ~ nazar = ~ niat melepaskan (menunaikan) hajat (kaul dll); ~ kontan Id = ~ tunai membayar pd ketika menerima barang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.yar] | ممباير

Definisi : 1 memberikan wang utk harga barang yg dibeli (menjelaskan hutang dsb): Salmah ~ harga kopi dan gula kpd Pak Kadir, yg empunya kedai runcit itu. 2 melakukan sesuatu utk memenuhi janji dsb; menunaikan nazar (niat): ~ niat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membayar

Puisi
 

Hari ini hari Selasa,
     Hari besok hari Arbaª;
Mudah-mudahan terlepas seksa,
     Segeralah membayar segala qadaª.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
late penalty chargecaj denda lewatEkonomiEkonomi IslamCaj kerana kelewatan membayar hutang. Kadar yang dikenakan kerana kelewatan membayar margin ialah peratusan tertentu daripada jumlah yang tertunggak dan tidak boleh diakumulasikan. Sementara kadar yang dikenakan kerana kelewatan membayar pokok adalah berdasarkan kadar pulangan di pasaran wang Islam antara bank dan tidak boleh diakumulasikan. Lihat juga ta‘wid.
authority to paykebenaran membayarPentadbiran PerniagaanTiadaKeizinan membayar kiriman wang dengan menggunakan borang tertentu.
deep discount bondbon diskaun dalamPentadbiranTiadaSekuriti faedah tetap yang membayar faedah sedikit sahaja ataupun tidak membayar faedah langsung.
vertical equityekuiti menegakEkonomiTiadaPrinsip kesaksamaan atau keadilan dalam menanggung beban cukai. Mengikut ekuiti menegak, pembayar cukai yang mempunyai pendapatan atau kekayaan (sebagai ukuran kemampuan membayar cukai) yang berbeza, patut membayar cukai yang berbeza. Misalnya, orang yang berpendapatan RM50 000 setahun patut membayar cukai yang lebih banyak daripada orang yang berpendapatan RM20 000 setahun. Sinonim kesaksamaan menegak, keadilan menegak.
income policypolisi pendapataninsuransTiadaKontrak insurans hayat yang membayar pendapatan secara bulanan, berbeza dengan polisi insurans hayat yang membayar faedah atau manfaatnya sekali gus.
pure discount securitiessekuriti diskaun tulenPentadbiran PerniagaanTiadaSekuriti hutang yang tidak membayar faedah, sebaliknya dijual dengan diskaun dan kemudiannya membayar pokok pada akhir tempoh matang.
income policydasar pendapatan;polisi pendapatanPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi pendapatan: Kontrak insurans hayat yang membayar pendapatan secara bulanan, berbeza dengan polisi insurans hayat yang membayar faedah atau manfaatnya sekali gus.
insolvency clausefasal ketakmampuan bayarPentadbiran PerniagaanTiadaFasal yang memperuntukkan bahawa reinsurer akan tetap bertanggungjawab membayar bahagian kerugian yang ditanggungnya walaupun syarikat mengesid tidak mampu membayar.
workmen compensation lawundang-undang pampasan pekerjaPentadbiran PerniagaanTiadaStatut yang mengenakan liabiliti ke atas majikan untuk membayar faedah atau memberikan penjagaan kepada pekerja yang cedera dan membayar faedah kepada tanggungan pekerja yang terbunuh semasa dan disebabkan menjalankan tugas. Majikan biasanya tidak dikenakan liabiliti di bawah Common Law.
victim compensationpampasan mangsaKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk cara membayar ganti rugi kepada mangsa yang telah mengalami kemalangan atau kerugian akibat jenayah yang dilakukan terhadap mereka. Contohnya, pelaku yang telah menipu mangsa telah bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada mangsa skim penipuan.
12345678910...

Kembali ke atas