Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.zir] | ممبذير

Definisi : berlebih-lebihan sehingga terbuang: kenduri kahwin yg dibuat secara besar-besaran adalah ~ saja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.zir] | ممبذير

Definisi : berlebih-lebihan menggunakan (membeli) sesuatu sehingga ada yg terbuang dgn sia-sia: Kalau berbelanja, jangan sampai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membazir

Peribahasa

Membesarkan kerak nasi.

Bermaksud :

Menambah-nambah yang tidak perlu; membuat pekerjaan yang membazir.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mubazir dan membazir Dua perkataan ini hampir sama. Apakah perbezaan maksudnya? Adakah mubazir perkataan yang timbul kerana ada orang salah sebut "membazir"?Kedua-duanya membawa maksud yang hampir sama. Sila rujuk kamus untuk melihat persamaan/perbezaan makna antara kedua-dua perkataan tersebut. Perkataan mubazir dan membazir kedua-duanya berasal daripada perkataan Arab, perbezaan sebutan/perkataan ini berlaku kerana pengaruh bahasa Arab itu sendiri. Dalam bahasa Arab satu perkataan yang asal boleh menjadi berbeza sebutan apabila kedudukan/fungsi perkataan itu dalam ayat berubah.Istilah21.07.2012
Adakah kata pemeri tergolong dalam bahagain subjek atau predikat suatu ayat? Contoh: Membazir ialah amalan syaitan. Kenal pasti subjek dan predikat ayat di atas.

Jawapan yang betul ialah Membazir (subjek) ialah amalan syaitan (predikat).

Tatabahasa18.10.2023
apa makna hematMerujuk Kamus Dewan edisi keempat, hemat ialah tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat: kalau ingin kaya kita harus berbelanja dgn ~; 2. dgn penuh perhatian (minat dll), dgn teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berwas-was, beringat-ingat, berjaga-jaga. Harap maklum.Makna07.01.2008
memboros masa. penggunaan 'memboros' sebegini boleh diterima?Perkataan boros tidak sesuai digunakan.Frasa yang betul ialah membazir masa.Makna16.08.2013
Di dalam Kamus Dewan edisi keempat, perkataan "ekonomis" (m/s 380) merujuk kepada Id (bahasa Indonesia) bp (bahasa percakapan). Persoalannya adakah perkataan ini boleh digunakan di dalam penulisan yang membawa maksud ekonomis iaitu tidak boros, jimat, tidak menggunakan sesuatu dengan membazir atau berlebihan. Ayat contoh : Encik Ali telah mengamalkan konsep ekonomis di dalam pengurusan syarikatnya semenjak negara mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997.Ekonomis tidak digunakan dalam bentuk rasmi. Oleh itu, jika merujuk amalan tidak boros, jimat, tidak menggunakan sesuatu dengan membazir atau berlebihan seeloknya kita gunakan kata itu sendiri sama ada jimat atau hemat. Encik Ali telah mengamalkan konsep berjimat/berhemat di dalam pengurusan syarikatnya semenjak negara mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997.Tatabahasa11.07.2008
Adakah kelewahan yang berlaku dalam ayat salah dari hukum tatabahasa, atau sekadar tidak digalakkan sahaja penggunaannya? Ini kerana saya berpandangan yang gejala lewah ini berfungsi juga sebagai unsur penegas bagi sesuatu frasa / ayat. Sekian, terima kasih.Kelewahan tidak salah dari segi tatabahasa tetapi membazir kerana berlebih-lebih. Kelewahan hanya dianggap penegas dalam bahasa lisan/percakapan tetapi tidak dalam bentuk bahasa tulisan yang baku dan standard.Tatabahasa27.08.2007
Saya hanya tidak faham kenapa KPBDBP boleh lulus bunting dan banner artwork, tetapi, untuk artwork yang sama, juma saiz yang beza, tidak lulus pula. Lagipun, adakah KPBDBP boleh satu kali balas yang mana perlu buat pembetulan, satu artwork ambil masa lebih satu minggu buat pembetulan, sangat membazir masa untuk saya dan DBP juga.Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, sila kemas kini apabila permohonan atau iklan dihantar semula (jangan buat permohonan baru) supaya pihak kami maklum tentang kesalahan yang perlu dibetulkan semasa pertama kali dihantar. Sila maklumkan dalam permohonan tersebut bahawa iklan tersebut pernah dihantar serta tarikh dihantar.Lain-lain30.01.2013

Kembali ke atas