Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.ba.ni] | ممببني

Definisi : memberi beban (tanggungan yg berat) kpd, menyebabkan atau membuat seseorang menanggung beban: ~ murid dgn kerja rumah; kebanyakan mereka kini dibebani oleh tugas dan tanggungjawab yg berat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.ba.ni] | ممببني

Definisi : memberi beban (tanggungan dsb) kpd: Janganlah engkau ~ aku lagi dgn masalah yg dpt engkau selesaikan sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membebani


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang manakah tepat? (a) Kenaikan harga barang membebankan golongan miskin. (b) Kenaikan harga barang membebani golongan miskin.Ayat yang betul ialah kenaikan harga barang membebankan golongan miskin.Tatabahasa02.12.2015
Mana satu lebih gramatis? Mengenakan tindakan atau mengambil tindakan? Pensyarah saya beritahu yang mengenakan tindakan lebih gramatis.

Kedua-dua frasa, iaitu mengenakan tindakan dan mengambil tindakan betul dan gramatis bergantung pada konteks penggunaannya. Kamus Dewan antara lain memberikan makna frasa mengambil tindakan ialah mula bertindak.  Contoh ayat: Kerajaan perlu mengambil tindakan segera untuk membanteras kes cetak rompak sebelum berlarutan.  

Dalam Kamus Dewan, maksud ke-2 mengenakan ialah mewajibkan seseorang mematuhi atau mengikuti sesuatu peraturan; membebani seseorang dengan sesuatu. Contoh ayat: Sekolah mengenakan tindakan disiplin buang sekolah terhadap pelajar yang didapati bersalah merokok di dalam kawasan sekolah.

Tatabahasa28.09.2018

Kembali ke atas