Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.ban.kan] | ممببنکن

Definisi : memberikan beban: tugas yg berat dibebankan kepadanya; kerja yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.ban.kan] | ممببنکن

Definisi : 1 memuatkan sbg beban; menjadikan sesuatu sbg beban: Anak itu telah ~ dua buah beg kpd pengangkut barang di stesen kereta api. 2 menyerahkan sesuatu sbg tugas (tanggungjawab dsb): Pihak pentadbiran telah ~ penyelenggaraan projek itu kpd Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membebankan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang manakah tepat? (a) Kenaikan harga barang membebankan golongan miskin. (b) Kenaikan harga barang membebani golongan miskin.Ayat yang betul ialah kenaikan harga barang membebankan golongan miskin.Tatabahasa02.12.2015
Tuan, Adakah ayat di bawah gramatis? 1. Bukan sahaja kehidupan rakyat menjadi lebih membebankan, bahkan juga keluhan dalam kalangan masyarakat telah timbul. Terima kasih.Ayat tersebut kurang gramatis. Cadangan yang lebih sesuai ialah Kehidupan rakyat lebih terbeban, justeru keluhan mulai timbul.Tatabahasa22.03.2018
Assalamualaikum Tuan, mohon menyemak ejaan dan penggunaan bahasa dalam Iklan yang saya lampirkan. Terima kasih.

Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa untuk iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my.

Betulkan seperti yang berikut:

  1. Jangan Biarkan Tunggakan Membebankan Masa Depan Anda
  2. PERBANKAN SECARA DALAM TALIAN (JOMPAY DAN PBT-PAY)
  3. Sila lampirkan keseluruhan visual iklan dan teks yang lebih jelas setiap butirannya untuk memudahkan penyemakan daripada pihak kami. Teks PEMBAYARAN MELALUI kurang jelas dan potong visual lain yang tidak berkaitan. 

Lain-lain17.06.2021

Kembali ke atas