Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.ban.kan] | ممببنکن

Definisi : memberikan beban: tugas yg berat dibebankan kepadanya; kerja yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.ban.kan] | ممببنکن

Definisi : 1 memuatkan sbg beban; menjadikan sesuatu sbg beban: Anak itu telah ~ dua buah beg kpd pengangkut barang di stesen kereta api. 2 menyerahkan sesuatu sbg tugas (tanggungjawab dsb): Pihak pentadbiran telah ~ penyelenggaraan projek itu kpd Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membebankan


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
beremak MSrmengharungi atau berjalan di kawasan yang berlumpur atau berlekit.Abang dah tua tak larat lagi beremak menggaris lokan, membebankan Ipin dan Juak saja, ujar Nek Fid.Antologi Cerpen Meminggir AnginGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bobogon Kdsejenis kulit kayu yang boleh diketuk-ketuk/pukul untuk dijadikan cawat.Sadi mengeluh panjang. Baju tanpa lengan yang penuh dihiasi siput laut, terasa semakin berat dan membebankan jiwanya. Tali pinggang daripada kesumba terasa semakin menjerut perutnya. `Hujung-hujung perut anak isteriku tidak terisi', fikirnya. Kulit kayu jenis `bobogon' yang dijadikan cawat di tubuhnya, diusap lembut.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
basung Mrsejenis bakul yang diperbuat daripada rotan dan digunakan untuk membawa barang. Ia mempunyai tali untuk disangkutkan pada bahu si pembawa.Maria semakin gelisah apabila merasakan bakul basung yang dipikulnya itu, dipegang oleh Baljit. Perjalanan pulang ke rumah Solisir yang jauh itu, terasa semakin membebankan.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas