Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.ban.kan] | ممببنکن

Definisi : memberikan beban: tugas yg berat dibebankan kepadanya; kerja yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.ban.kan] | ممببنکن

Definisi : 1 memuatkan sbg beban; menjadikan sesuatu sbg beban: Anak itu telah ~ dua buah beg kpd pengangkut barang di stesen kereta api. 2 menyerahkan sesuatu sbg tugas (tanggungjawab dsb): Pihak pentadbiran telah ~ penyelenggaraan projek itu kpd Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membebankan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
enduranceketahananSukanTiada2. Keupayaan melakukan senaman atau aktiviti yang membebankan bagi satu tempoh yang lama. Ketahanan kardiovaskular melibatkan seluruh badan.
loaderpembeban; jentera angkutKejuruteraanTiada1. Mesin, seperti penyuduk mekanik, yang digunakan untuk membebankan bahan-bahan pukal.,2. Atur cara yang mengambil atur cara lain dari sesuatu peranti masukan atau storan, dan menempatkannya ke dalam ingatan komputer.
burden of taxesbeban cukaiPentadbiranPentadbiran Awam

Tanggungan wajib individu atau organisasi ke atas segala bentuk cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan kepadanya. Cukai ialah sumbangan wajib kepada kerajaan tanpa dapat dikaitkan dengan sebarang faedah khusus yang diperolehi oleh pembayar cukai. Oleh sebab tiadanya faedah langsung ini, maka ia dianggap membebankan, walaupun kerajaan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan barangan yang berfaedah untuk masyarakat. Antara bentuk beban cukai yang dikenakan ialah cukai pendapatan, import, eksport, perniagaan dan cukai tanah.

cash waqfwakaf tunaiEkonomiEkonomi IslamWakaf dalam bentuk wang tunai oleh seseorang individu atau sekumpulan individu untuk mencapai matlamat wakaf berkenaan. Wang dana wakaf yang terkumpul boleh digunakan untuk membeli harta tetap atau dilaburkan oleh nazir supaya mendatangkan manfaat yang berterusan. Tujuan utama wakaf ini diwujudkan adalah untuk membolehkan lebih ramai orang menyumbang atau memberi wakaf secara kolektif tanpa membebankan mereka. Semua ulama mazhab telah mengharuskan wakaf tunai ini walaupun justifikasi mereka agak berbeza antara satu dengan yang lain. Contoh wakaf tunai ialah saham wakaf dan takaful wakaf.
divestmentnyahlaburPengurusanPerancanganTindakan strategik sesebuah syarikat yang menjual sebahagian daripada unit perniagaan, fungsi atau asetnya yang masih beroperasi atau yang telah ditutup. Tindakan ini diambil oleh sesebuah syarikat perniagaan yang menghadapi situasi lebihan unit perniagaan, fungsi atau asetnya, dan hanya dilakukan sekali sahaja dalam situasi tertentu. Tujuan tindakan nyahlabur dilakukan adalah untuk mengawal kos operasi syarikat dan mengelakkan syarikat tersebut daripada terus melabur dalam aktiviti yang tidak menguntungkan. Contohnya, syarikat konglomerat yang terpaksa menjual sebahagian aset syarikatnya yang dikenal pasti membebankan kos operasi, bagi mengurangkan kerugian perniagaan.
switching costkos pengalihanPengurusanPerancanganKos yang perlu ditanggung oleh pelanggan apabila mereka menukarkan penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan kepada produk atau perkhidmatan alternatif yang lain. Pelanggan lazimnya beralih kepada produk atau perkhidmatan lain disebabkan produk atau perkhidmatan tersebut lebih baik dan menjimatkan kos dalam jangka panjang. Contohnya, kos yang ditanggung oleh pelanggan khidmat telekomunikasi syarikat A apabila pelanggan itu masih berada dalam tempoh kontrak perkhidmatan tetapi menghentikan langganan dengan syarikat A dan beralih kepada syarikat B. Kos pengalihan ini adalah dalam bentuk caj penalti yang dikenakan oleh syarikat A kepada pelanggan tersebut kerana menamatkan perkhidmatan lebih awal. Kemungkinan untuk pelanggan beralih kepada produk atau perkhidmatan alternatif sangat tinggi apabila kos pengalihan adalah kecil dan tidak membebankan mereka.

Kembali ke atas