Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.dah] | ممبده

Definisi : 1. membelah mana-mana bahagian badan utk membuang atau merawat bahagian yg berpenyakit: kalau tidak dibedah, penyakitnya itu tidak akan sembuh; 2. membelah bahagian tubuh (biasanya binatang utk melihat isi di dalamnya utk tujuan pembelajaran): ~ arnab; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.dah] | ممبده

Definisi : memotong atau menghiris bahagian tubuh yg sakit (utk menyembuhkannya): Apabila doktor hendak ~ seseorang pesakit, orang itu biasanya dibius terlebih dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membedah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Jawapan terdahulu DBP menyatakan 'bedah' itu merupakan antaranya kata kerja. Sekiranya ditaip 'bedah' pada ruang carian PRPM, di bahagian Tesaurus, 'bedah' ditakrifkan sebagai Kata Terbitan pula. Soalan saya: Apakah kelas kata yang utama bagi perkataan bedah? Contohnya dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, jelas dapat dilihat 'bedah' mempunyai 2 entri. Entri pertama menyatakan 'bedah' ialah kata nama, kemudian kata terbitan lain mempunyai kelas kata yang lain ('membedah' = kata kerja, dsb.). Entri kedua menyatakan 'bedah' ialah penggunaan bahasa Jawa dan maklumat selanjutnya diberikan. Dalam ertikata lain, sekiranya saya ditanya oleh penutur Cina yang ingin belajar bahasa Melayu apakah kelas kata bagi perkataan 'bedah', apakah jawapan saya pada beliau? Penjelasan dari pihak DBP amat dihargai. Terima kasih.Istilah lazimnya dalam bentuk kata nama seperti "bedah", iaitu kata tunggal (tanpa imbuhan) yang merupakan salah satu bentuk istilah. Pada ruangan tesaurus di PRPM, kata bedah dinyatakan sebagai kata tunggal, manakala di bawahnya ialah bentuk terbitan, iaitu membedah, pembedahan dll. Kata terbitan perlu ada imbuhan, oleh itu bedah bukan kata terbitan dan dalam konteks istilah ia menjadi kata nama dan istilah bagi bidang perubatan.

Untuk penerangan umum, kata bedah ialah kata tunggal yang membawa maksud cara menyembuhkan penyakit dengan cara memotong dll. (rujuk makna kamus atau PRPM). Apabila diberikan imbuhan "me" menjadi kata kerja, iaitu membedah yang juga kata terbitan.
Istilah08.02.2012
Apakah perbezaan antara memontong dengan memangkas?contoh,memangkas dahan pokok

Memangkas ialah 1. memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek: 2. memotong dengan gunting; menggunting.

Manakala memotong pula ialah 1. memutuskan sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dan lain-lain); 3. menebang (kayu, pokok dan lain-lain); 4. menyembelih (binatang dan lain-lain); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dan lain-lain); 7. menuai (jagung, padi dan lain-lain); 8. mengudungkan (tangan dan lain-lain); 9. membedah (perut dan lain-lain); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dan lain-lain); 11. memintasi (jalan, per­jalanan dan lain-lain); 12. menyelang (percakapan, orang dan lain-lain); 13. memendekkan (kata, nama dan lain-lain)

Contoh Ayat:  

        1.   Ali sedang memotong daging di dapur.

        2.   Ali sedang memangkas dahan pokok di kebun.

Tatabahasa21.08.2021
Bapa sedang ______ durian. ( mengopek / mencekah / membelah / mengupas ) Jawapan yang mana betul?

Saudari/saudari,

Mengopek berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud membuang kulit buah-buahan, mengupas, mengopak (utk mengambil isinya). Mengupas sedikit: ~ buah-buahan dgn hujung pisau.

Mencekah pula bermaksud 1. = bercekah; 2. memecahkan (dgn mengapit kedua-dua belah tangan): ~ buah manggis; 3. melebarkan (membuka) sudut (kangkang dll), membelah, menguakkan: cekahlah tulang itu dan dedahkan alat-alat pembiakannya; ~ buah durian.

Manakala membelah membawa maksud, memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah.

Mengupas merujuk kepada, membuang atau menanggalkan kulit sesuatu: ~ kelapa; ~ limau. 2 menghuraikan sesuatu dgn teliti; mengulas.

Jawapan yang betul ialah mencekah.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Tatabahasa14.08.2012

Kembali ke atas