Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.kal.kan] | ممبکلکن

Definisi : memberikan bekal, menyediakan sesuatu sbg bekal: sebelum berangkat, air tambahan mesti dibekalkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.kal.kan] | ممبکلکن

Definisi : menyediakan atau memberikan sesuatu utk bekal: Hang Mahmud telah ~ beberapa gantang beras serta sebilah keris dan sebilah kapak kpd anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membekalkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERIKANAN

Perikanan ialah kawasan yang membekalkan

banyak ikan untuk tujuan komersial. Perikanan

pedalaman termasuk tasik, sungai dan penternakan

ikan. Kebanyakan tangkapan ikan di dunia datang

daripada perikanan laut. Spesies kod, ikan sebelah,

hering, sardin dan tuna menyumbang kepada

sebahagian besar sumber perikanan dunia yang

terpenting di dunia. Banyak negara mengamalkan

pengurusan perikanan untuk memulihara ikan.

Terdapat peraturan yang mengehadkan saiz dan

amaun ikan yang boleh ditangkap, dan juga musim

penangkapan ikan.

UMUM 
EMPANGAN WYANGALA

Empangan Wyangala, membekalkan kolam

air simpanan di Sungai Lachlan dekat Cowra

di tengah selatan New South Wales, Australia.

UMUM 
KAMBING

Kambing ialah haiwan yang membekalkan susu,

daging dan bulu kepada manusia sejak zaman

prasejarah.

UMUM 
RELAU ELEKTRIK

Relau elektrik ialah alat untuk membekalkan

haba dengan menggunakan elektrik. Ia terdiri

daripada kebuk yang menerima arus elektrik,

yang digunakan untuk meningkatkan suhu bahan

yang diletakkan dalam relau. Bahan yang akan

dipanaskan dikenali sebagai cas .

UMUM 
SINABAR

Sinabar ialah bijih raksa yang terpenting. Ia

membekalkan kebanyakan bekalan raksa dunia.

Sinabar ialah mineral berwarna merah terang

yang mengandungi sulfur dan juga raksa. Ahli

sains menamakannya sulfida raksa dan simbol

kimianya ialah HgS. Sinabar biasanya terdapat

dalam jisim tanah atau bertaburan dalam baiduri.

Ia jarang wujud sebagai hablur. Bijihnya didapati

kebanyakannya dekat permukaan bumi, yang

dekat dengan batu gunung berapi dan mata air

panas. Mendapannya terdapat di China, Slovenia,

Sepanyol, dan Amerika Syarikat.

Lihat juga Mineral (gambar).

UMUM 
KARBURETOR

Karburetor ialah sebahagian daripada enjin

petrol. Ia membekalkan campuran wap petrol dan

udara yang dibakar di dalam silinder enjin.

UMUM 
TERAPI GEN

Terapi gen ialah satu teknik untuk merawat

penyakit dengan membekalkan gen (unit baka)

normal kepada sel badan pesakit untuk

menggantikan gen yang rosak atau tiada. Teknik

tersebut membolehkan doktor memperbaiki

kerosakan di dalam sel pesakit atau mengarahkan

sel melaksanakan fungsi yang baru.

UMUM 
PLASENTA

Plasenta ialah organ berbentuk ceper yang

terbentuk apabila seseorang wanita itu

mengandung. Plasenta membekalkan makanan dan

oksigen kepada bayi dalam kandungan serta

menyalurkan keluar hasil sisanya. Organ ini juga

menghasilkan hormon yang menyelaras

kandungan dan menolong mengawal

perkembangan bayi.

UMUM 
O'CONNOR, C. Y.

O’Connor, C. Y. (1843–1920) ialah jurutera yang

bertanggungjawab terhadap rancangan

membekalkan air bersih ke kawasan emas di

Australia Barat melalui saluran paip dari kawasan

tadahan dan empangan simpanan sejauh 557

kilometer. Dia mereka bentuk dan menyelia

pembinaan pelabuhan laut dalam yang selamat di

Fremantle. Dia juga memperbaik perkhidmatan

jalan kereta api.

UMUM 
OAT

Oat ialah tanaman bijirin yang penting. Peladang

menanam oat terutamanya sebagai makanan

haiwan ternakan, tetapi oat juga membekalkan

makanan yang berzat kepada manusia. Biji pokok

oat diproses dan digunakan dalam makanan

seperti makanan oat, kek oat, biskut, dan bijirin

sarapan yang sedia dimakan.

UMUM 
123456

Kembali ke atas