Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.kal.kan] | ممبکلکن

Definisi : memberikan bekal, menyediakan sesuatu sbg bekal: sebelum berangkat, air tambahan mesti dibekalkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.kal.kan] | ممبکلکن

Definisi : menyediakan atau memberikan sesuatu utk bekal: Hang Mahmud telah ~ beberapa gantang beras serta sebilah keris dan sebilah kapak kpd anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membekalkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sugar substitutegantian gulaSains KesihatanTiadaGula gantian yang memberikan rasa manis, tetapi mungkin membekalkan atau tidak membekalkan kalori.
air distributionpengagihan udaraAeroangkasaTiadaSatu kaedah untuk membekalkan udara kepada tempat tertentu di dalam kabin pesawat udara.,Satu kaedah untuk membekalkan udara kepada tempat tertentu di dalam kabin pesawat udara.
current amplifieramplifer arusKejuruteraanTiada1. Peranti yang direka bentuk supaya membekalkan arus keluaran yang lebih tinggi daripada arus masukan.,2. Amplifier yang mempunyai galangan keluaran yang rendah dan berupaya untuk membekalkan arus berat.
two-barrel carburetorkarburetor dua larasKejuruteraan AutomotifEnjinKarburetor yang mempunyai dua laras tunggal karburetor dalam satu pemasangan. Terdapat dua jenis penggunaan karburetor dua laras, iaitu pertama, membekalkan campuran kepada separuh daripada bilangan silinder enjin seperti yang digunakan dalam V-8 enjin. Satu laras untuk membekalkan bahan api kepada silinder nombor 2, 3, 5 dan 8 manakala satu lagi membekalkan silinder nombor 1, 4, 6 dan 7. Kedua, barel utama membekalkan campuran bahan api kepada silinder yang sama sehingga injap pencekiknya terbuka melebihi 45° bukaan. Kemudian injap pencekik barel kedua mula terbuka dan bahan api tambahan dibekalkan melalui kedua-dua barel.
low speed systemsistem kelajuan rendahKejuruteraan AutomotifEnjinLitar dalam karburetor yang membekalkan bahan api ke dalam laluan udara semasa pendikit terbuka separuh dan operasi laju rendah. Litar ini berfungsi untuk membekalkan campuran udara dan bahan api yang bersesuaian dengan kelajuan enjin yang rendah. Banding sistem permeteran utama.
glossopharyngeal cranial nervessaraf kranium glosofarinksVeterinarPraklinikalSaraf kranium kesembilan. Saraf ini membekalkan gentian deria ke tonsil; farinks; telinga tengah; jasad karotid dan dua pertiga daripada posterior lidah. Saraf kranium glosofarinks juga membekalkan gentian parasimpatetik ke kelenjar parotid melalui ganglion optik dan gentian motor ke otot stilofamgius dan otot farinks atas.
main meteorological officepejabat meteorologi utamaMeteorologiMeteorologi PerhubunganPejabat yang membekalkan perkhidmatan meteorologi untuk tujuan pengemudian udara antarabangsa menurut spesifikasi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa. Pejabat ini menyediakan ramalan, memberikan maklumat meteorologi dan taklimat kepada juruterbang, dan membekalkan maklumat meteorologi kepada pejabat meteorologi terikat atau pejabat meteorologi tambahan.
gravity feed tanktangki suapan gravitiAeroangkasaTiadaSistem yang membekalkan bahan api kepada engin berdasarkan tarikan graviti.,Satu sistem pandu arah radio julat jauh yang menggunakan isyarat dari dua buah stesen untuk menentukan kedudukan sesebuah pesawat udara.,Sistem yang membekalkan bahan api kepada engin berdasarkan tarikan graviti.
bai‘ istijrarbai‘ istijrar/jual beli pembekalanPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli antara pelanggan dengan pembekal untuk membekalkan sesuatu jenis barang secara berkala atau berterusan seperti harian, mingguan atau bulanan dengan harga dan cara pembayaran yang dipersetujui. Contohnya, peniaga membekalkan bahan seperti makanan ke restoran secara berkala. Urus niaga ini melancarkan perniagaan. Sinonim istijrar.
lexicalizationleksikalisasiKesusasteraanTiadaPerihal membekalkan sesuatu idea dengan sesuatu istilah atau nama. Contohnya, karya sastera Melayu pada zaman kewiraan abad ke-18 banyak memberi sinonim untuk konsep �kewiraan� seperti perwira, gagah, perkasa, sateria, kuat, kukuh dan tegap. Hal ini menunjukkan bahawa konsep kewiraan ini penting dalam budaya pada zaman tersebut. Terdapat dua ekstrem dalam prinsip leksikalisasi, iaitu lebih leksikalisasi yang bermaksud �membekalkan ideaa dengan pelbagai istilah�, iaitu suatu idea dengan banyak istilah, manakala kurang leksikalisasi (under-lexicalization) bermaksud suatu idea dibekalkan dengan terlalu sedikit istilah. Lebih leksikalisasi menjadi petanda tentang peri pentingnya dan signifikannya sesuatu idea dalam sesuatu budaya atau masyarakat, sementara kurang leksikalisasi pula menandakan hal yang sebaliknya. Dengan mengkaji konsep idea yang lebih prominen dan signifikan serta sebarang konsep yang kurang signifikan berdasarkan prinsip leksikalisasi, usaha ini dapat membantu penyelidik mengenal pasti konsep yang lebih menonjol dalam sesuatu masyarakat. Konsep leksikalisasi dikembangkan oleh seorang ahli liguistik Inggeris bernama M.A.K. Halliday.
12345678910...

Kembali ke atas