Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.ku.kan] | ممبکوکن

Definisi : 1. menjadikan beku, membuat (sesuatu) menjadi beku atau pejal: dlm masa seminggu sahaja, sudah pandai menggunakan pisau toreh dan ~ getah; 2. menghentikan sesuatu amalan (pergerakan, kegiatan, kemudahan, dll) buat sementara: peminjaman wang utk membeli kereta telah dibekukan pd bulan lalu; ~ jawatan menghentikan pengisian jawatan kosong buat sementara waktu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.ku.kan] | ممبکوکن

Definisi : membuat sesuatu jadi beku; menyebabkan sesuatu menjadi beku: Petang semalam, saya belajar ttg cara-cara ~ getah drpd abang saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membekukan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coagulasekoagulaseBiologiMikrobiologiEnzim rembesan bakteria tertentu yang membekukan plasma darah.
freeze sinkingkorek bekuKejuruteraanTiadaTeknik membuat syaf dengan membekukan stratum yang berair terlebih dahulu dengan menyalurkan larutan air garam pekat yang sangat sejuk.
barberbarberMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Ribut ganas dilaut yang membekukan semburan air dan kerpasan pada kapal. 2. Sama dengan asap ibun.
freeze-drykering sejuk bekuPerubatanTiadaKaedah penyediaan tisu dengan membekukan spesimen tersebut dan mengeringkan pada suhu rendah dalam vakum yang tinggi.
cook-freeze systemsistem masak-sejuk bekuPentadbiran PerniagaanTiadaSistem penyediaan makanan dengan cara membekukan bahan makanan dengan perlahan-lahan dan dimasak semula apabila perlu.
supercoolingpengadisejukanSainsHidrometeorologiPenyejukan air cecair kepada suatu suhu di bawah takat beku biasa tanpa membekukan air tersebut.
plateletplateletBiologiHistologi dan SitologiKumin serpihan sitoplasma yang terdapat pada darah mamalia, dan berfungsi menggumpalkan atau membekukan darah.
sheet rubbergetah kepingPertanianAgronomi

 Getah asli yang diproses menjadi kepingan piawai. Getah keping dihasilkan dengan membekukan susu getah dan kemudiannya digiling menjadi kepingan dan dikeringkan. Getah ini biasanya dihasilkan oleh pekebun kecil yang menjualnya kepada pengilang getah.

freezingsejuk beku; penyejukbekuanPentadbiran PerniagaanTiada1. Sejuk beku: Berkaitan dengan keadaan yang tidak panas, rendah suhunya yang boleh menyejukkan dan membekukan sesuatu.,2. Penyejukbekuan: Proses yang melibatkan perubahan daripada keadaan cecair kepada keadaan beku.
hydrogenationpenghidrogenanKimiaBiokimiaPenambahan hidrogen kepada sebatian organik terutamanya lemak atau asid lemak tak tepu. Proses ini penting untuk tujuan mengeraskan atau membekukan lemak atau minyak yang cair atau lembut.
12

Kembali ke atas