Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.la] | ممبلا

Definisi : 1. membunuh diri utk ikut mati: bersama-sama di atas lorong itu ialah mayat isteri-isteri yg telah ~ kematian suami mereka;2. membalas membunuh dll: mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka; 3. melindungi, menyelamatkan, mempertahankan: aku ingin melihat anak aku menjadi doktor atau peguam supaya dapat ~ nasib orang miskin spt aku; jikalau mahkota ini tiada dibuangkan, tiadalah patik semua dapat ~ kenaikan ini; tradisi ~ rakyat; ~ diri mempertahankan diri (drpd tuduhan, dakwaan, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.la] | ممبلا

Definisi : 1. memelihara: ~ ayam dan itik; ~ anak sehingga dewasa; 2. memelihara makhluk halus spt pelesit, hantu, dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.la] | ممبلا

Definisi : 1 membunuh diri utk mati bersama orang yg dikasihi, spt suami. 2 membalas kejahatan orang (spt membunuh): Mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka. 3 mempertahankan seseorang supaya tidak dijatuhi hukuman oleh mahkamah; melindungi: Tidak ada seorang peguam pun yg sanggup ~ pembunuh itu di mahkamah nanti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mem.be.la] | ممبلا

Definisi : 1 menjaga atau memelihara baik-baik; mengasuh: Ia ~ anaknya dgn penuh kasih sayang. 2 menjaga atau memelihara binatang ternakan: Di samping bersawah, ayah ~ kambing. 3 menjaga negara supaya selamat; mempertahankan supaya selamat; menyelamatkan: Jika mahkota ini tidak dibuang, tiada patik semua dpt ~ kenaikan ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membela

Puisi
 

Kalau membela ayam selasih,
     Berilah makan beras melukut;
Merajuk pada yang kasih,
     Marah pada yang takut.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tunggang hilang berani mati.

Bermaksud :

Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan diantara perkataan "pelihara" dan "pulihara"?. Contoh: Kucing itu dipelihara. Pemuliharaan alam sekitar.Pelihara bermaksud membela, menjaga dan merawat, manakala pulihara bermaksud memulihkan serta memelihara (menjaga dan sebagainya), melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.Makna11.01.2010
maksud dan penggunaan perkataan kesiapsagaanSiap siaga bermaksud siap sedia. Contoh ayat: Kesiagaan orang Melayu untuk menarik kerisnya dalam membela diri.Lain-lain15.02.2007
Saya ingin tahu tentang penggunaan kata ganti nama diri "dia". Bolehkah saya menggunkan perkataan dia untuk merujuk kepada kucing belaan saya? Sebagai contoh, "Saya membela seekor kucing. Dia diberi nama Si Tompok oleh ibu saya." Adakah pengunna "dia" betul di contoh tersebut. Sekiranya penggunaan "dia" ialah salah, adakah penggunaan 'ia" betul?Kata ganti nama diri "dia" atau "ia" adalah setara dan hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu kata ganti nama diri orang ketiga. Kata ganti nama diri tersebut tidak boleh digunakan untuk binatang (kucing). Untuk merujuk kucing, bolehlah gunakan "Si Tompok" atau kucing itu.Tatabahasa24.04.2011
Bolehkah "fighter" diterjemahkan sebagai petarung? Dalam tinju terdapat peninju. Dalam silat terdapat pesilat. Dalam gusti terdapat penggusti. Dalam pertarungan haruslah ada petarung, iaitu seseorang yang tidak tertumpu pada satu bentuk seni bela diri sahaja. Ahli bela diri pula tidak sesuai kerana mereka bukan membela diri tetapi bertarung.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'fighter' ialah pejuang yang bermaksud orang yang berjuang untuk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu manakala merujuk istilah sasar bagi tarung pula ialah berkelahi, berlaga, berperang, bertempur, berbantah atau berdebat. Maka perkataan pejuang lebih sesuai digunakan bagi seseorang yang ingin merebut, mencapai atau mempertahankan sesuatu perkara atau benda.Makna01.12.2021
Boleh minta nasihat tentang keraguan di bawah? Yang mana betul - seni mempertahankan diri atau seni pertahanan diri? Terima kasihPertahanan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah  manakala mempertahankan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah atau menjaga supaya tidak terancam, melindungi atau membela. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah seni mempertahankan diriTatabahasa05.04.2020
Apakah maksud “rakyat terbanyak”?
Definisi "rakyat terbanyak" tiada dalam kamus terbitan DBP namun berdasarkan carian dalam Internet, frasa ini ada digunakan, contohnya:

mendapat dukungan dan sokongan rakyat terbanyak
Untuk Manfaat Rakyat Terbanyak
Membela Nasib Rakyat Terbanyak
prasarana asas sangat diperlukan rakyat terbanyak
Untuk Manfaat Rakyat Terbanyak

Berdasarkan penelitian awal, rakyat terbanyak membawa maksud kebanyakan rakyat atau majoriti rakyat. Walau bagaimanapun, kami akan membuat penelitian lanjut tentang makna frasa ini.
Makna17.01.2023
saya ingin mendapatkan beberapa kepastian drpd pihak tuan. seni mempertahankan diri atau seni pertahanan diri betul? kereta mainan atau kereta permainan? bolehkah pihak tuan memberikan penerangan yang terperinci? terima kasih.pertahanan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah  manakala mempertahankan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah atau menjaga supaya tidak terancam, melindungi atau membela. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah seni mempertahankan diri.

mainan bermaksud benda yang digunakan (oleh kanak-kanak) untuk bermain manakala permainan merujuk kepada sesuatu yang digunakan untuk bermain. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah kereta mainan.

Tatabahasa08.04.2011
Salam sejahtera, Saya keliru dengan penggunaan penyenggaraan dan penyelenggaraan? Boleh jelaskan penggunaan kedua-dua perkataan ini?

Tiada perbezaan antara senggara dengan selenggara. Senggara; menyenggarakan bermaksud  mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan; Selenggara; menyelenggarakan bermaksud 1. mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan  2. melaksanakan, menjalankan (rancangan, perintah dan lain-lain) 3. membela, memelihara, menjaga, merawat  4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dan lain-lain). Penyelenggaraan bermaksud 1. perbuatan menyelenggarakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan  2. pemeliharaan, pengawasan.   Penyenggaraan bermaksud perbuatan menyenggarakan, pengendalian, menyelenggarakan. 

Makna27.01.2011
selenggaraPertanyaan saudara tidak jelas. Sila nyatakan apakah bentuk soalan saudara. Sekiranya saudara ingin mencari maksud selenggara, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, selenggara bermaksud . mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan: ladang yg luas diselenggarakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalankan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll): pelebaya pun sangguplah ~ pesan Ken Tambuhan; ~ pembangunan ekonomi; 3. membela, memelihara, menjaga, merawat: beri maaf saya, engku, kerana saya belum sanggup ~ engku dgn sepatutnya; 4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dll): pegawai ini telah dihantar khas utk ~ pameran buku agama Islam. Istilah07.02.2010
Selamat petang, saya ingin tanya mengenai bila saya boleh menggunakan perkataan "ikrar" dan konteks-konteks di mana saya boleh menggunakan "mengikrar", "mengikrarkan", "diikrar" dan sebagainya. Misalnya saya 'mengikrar' atau 'mengikrarkan' afidavit. Sebarang pertolongan yang diberi amat dihargai.Untuk melihat konteks penggunaan perkataan, sila rujuk kamus dan lihat contoh penggunaan sesuatu kata dasar dan kata terbitannya. Contohnya, perkataan ikrar digunakan dalam konteks ayat yang berikut, ikrar dilafazkan oleh peserta kursus pada akhir majlis. Tidak ada perkataan mengikrar yang ada ialah mengikrarkan seperti ayat rakyat negeri ini mengikrarkan kesediaan mereka untuk membela ibu pertiwi. Tatabahasa24.04.2014
12

Kembali ke atas