Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.la] | ممبلا

Definisi : 1. membunuh diri utk ikut mati: bersama-sama di atas lorong itu ialah mayat isteri-isteri yg telah ~ kematian suami mereka;2. membalas membunuh dll: mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka; 3. melindungi, menyelamatkan, mempertahankan: aku ingin melihat anak aku menjadi doktor atau peguam supaya dapat ~ nasib orang miskin spt aku; jikalau mahkota ini tiada dibuangkan, tiadalah patik semua dapat ~ kenaikan ini; tradisi ~ rakyat; ~ diri mempertahankan diri (drpd tuduhan, dakwaan, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.la] | ممبلا

Definisi : 1. memelihara: ~ ayam dan itik; ~ anak sehingga dewasa; 2. memelihara makhluk halus spt pelesit, hantu, dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.la] | ممبلا

Definisi : 1 membunuh diri utk mati bersama orang yg dikasihi, spt suami. 2 membalas kejahatan orang (spt membunuh): Mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka. 3 mempertahankan seseorang supaya tidak dijatuhi hukuman oleh mahkamah; melindungi: Tidak ada seorang peguam pun yg sanggup ~ pembunuh itu di mahkamah nanti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mem.be.la] | ممبلا

Definisi : 1 menjaga atau memelihara baik-baik; mengasuh: Ia ~ anaknya dgn penuh kasih sayang. 2 menjaga atau memelihara binatang ternakan: Di samping bersawah, ayah ~ kambing. 3 menjaga negara supaya selamat; mempertahankan supaya selamat; menyelamatkan: Jika mahkota ini tidak dibuang, tiada patik semua dpt ~ kenaikan ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membela

Puisi
 

Kalau membela ayam selasih,
     Berilah makan beras melukut;
Merajuk pada yang kasih,
     Marah pada yang takut.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tunggang hilang berani mati.

Bermaksud :

Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Membela warisan jawiTiadaUtusan Melayu01.05.2006
Membela BahasaAzhar SallehBerita Minggu12.11.2006
Membela kebenaranTiadaUtusan Melayu15.08.1997
Membela pelukis tanahairTiadaMingguan Bumi21.01.1983
Membela martabat wanitaRustam A. SaniUtusan Malaysia29.08.1994
Membela nasib penulis tugas siapa?RohaWatan07.01.1985
Membela rakyat kecilTiadaKompas05.04.1987
Membela tulisan Jawi semakin lelahKadir AhmadUtusan Melayu18.09.2005
Perjuangan membela MelayuAzlinariah AbdullahUtusan Malaysia10.05.2006
SWAM membela nasib penulis skripJamliah AbdullahMingguan Malaysia23.11.1997
123

Kembali ke atas