Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.leng.gu] | ممبلڠݢو

Definisi : 1. melekatkan (mengenakan) belenggu pd, menggari: kedua-dua tangannya dipegang kuat-kuat dan dibelenggu; 2. ki mengikat kebebasan: hasrat penjajah utk ~ fikiran rakyat; 3. menyekat, menghalang: adat-adat yg ~ kemajuan; 4. memikat (hati dll): parasnya yg cantik manis tentu sekali akan ~ hati barang siapa yg memandangnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.leng.gu] | ممبلڠݢو

Definisi : 1 mengenakan belenggu pd. 2 ki mengenakan sekatan, halangan dsb pd: ~ fikiran rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membelenggu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Isu pembalakan haram bukanlah masalah baru yang membelenggu negara kita. Penggunaan baru dalam ayat tepat atau penggunaan baharu lebih tepat?Penggunaan yang paling tepat dalam ayat ini ialah baharu kerana baharu dalam ayat ini berfungsi sebagai kata adjektif seperti rumah baharu.Tatabahasa30.03.2014

Kembali ke atas