Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : ; berjual ~ menjual dan membeli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : 1. memperoleh barang dgn membayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : mengambil barang dgn membayar harganya: Ia ke kedai hendak ~ buku. ~-belah membeli beberapa banyak jenis barang keperluan sehari-hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membeli

Puisi
 

Membeli tali pasar Senyawan,
     Singgah di surau tangga berlian;
Merosak hati menggugur iman,
     Seperti pungguk rindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Sayang rugi membeli tali timba,
     air setitik tak dapat.

Bermaksud :

Kerana takut rugi pekerjaan tidak jadi atau keuntungan tidak dapat.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. BAHAGIAN A 1. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu. 2. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu miliki. 3. Jangankan membeli komputer, membeli mesin taip pun saya tidak mampu. 4. Ibu menyimpan pisau ke laci. 5. Ibu menyimpan pisau ke dalam laci. 6. Ibu menyimpan pisau di dalam laci. = Yang manakah ayat yang betul. BAHAGIAN B naik = tidak perlu 'ke atas' turun = tidak perlu 'ke bawah' masuk = tidak perlu 'ke dalam' Adakah pernyataan di atas benar kerana ayat-berikut selalu digunakan; 1. Adik cepat-cepat turun ke bawah rumah setelah dimarahi bapa. 2. Para pemenang diminta naik ke atas pentas untuk menerima hadiah. 3. Kakak masuk ke dalam bilik tidurnya. Terima kasih.Bahagian A: Ayat yang gramatis ialah jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu dan 
Ibu menyimpan pisau ke dalam laci/ibu menyimpan pisau di dalam laci. 
 
Bahagian B naik: Frasa naik ke atas, turun ke bawah dan masuk ke dalam merupakan penggunaan bahasa yang lewah. Walaupun lewah bukanlah suatu kesalahan tetapi penggunaan salah satu daripadanya telah melengkapkan ayat. Dan binaan ayat yang gramatis bebas daripada unsur lewah.
Tatabahasa05.09.2012
membeli banyak gula atau membeli gula yang banyak. Mana satu betul. Apakah prinsip kata kerja transitif yang perlu digunakan.

Yang betul ialah "membeli banyak gula".

Kata kerja Transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya; contohnya, menendang bola, memukul gendang, menghulurkan tali, membuka pintu, membaca buku

Tatabahasa21.05.2008
Mengapakakah penggunaan frasa pusat membeli-belah salah?Mengapa pusat beli-belah jawapan yang betul?Frasa yang betul ialah pusat beli-belah. Dalam pembentukan kata nama tidak perlu menggunakan imbuhan. Membeli-belah bermaksud perbuatan membeli pelbagai jenis barang. Oleh itu, jika frasa "pusat membeli-belah" digunakan bermaksud pusat yang melakukan perbuatan membeli pelbagai jenis barang.Tatabahasa12.06.2012
Mana ayat yang betul 1) membeli banyak hadiah 2) banyak membeli hadiahMembeli banyak hadiahTatabahasa26.08.2015
Mana satukah yang betul? - Saya membeli baju ini di atas talian - Saya membeli baju ini atas talian - Saya membeli baju ini dalam talianSaya membeli baju ini secara dalam talianTatabahasa19.12.2015
Wilson membeli air kelapa muda KERANA Wilson berasa haus. atau Wilson membeli air kelapa muda KERANA dia berasa haus. atau Wilson membeli air kelapa muda KERANA berasa haus.Ayat majmuk yang betul ialah "Wilson membeli air kelapa muda kerana berasa haus".Tatabahasa19.05.2014
Ayat manakah yang betul? - Saya membeli kek red velvet di kedai yang berhampiran dengan rumah saya. - Saya membeli kek 'red velvet' di kedai yang berhampiran dengan rumah saya. - Saya membeli kek Red Velvet di kedai yang berhampiran dengan rumah saya. - Saya membeli kek 'Red Velvet' di kedai yang berhampiran dengan rumah saya.Ayat yang betul ialah:

Saya membeli kek red velvet di kedai yang berhampiran dengan rumah saya.
Tatabahasa09.11.2015
Bagaimanakah mahu pastikan sama ada KKTr meN....kan yang membawa maksud kausatif atau banefaktif. contohnya alam frasa 'membelikan ikan' atau membeli ikan. ATAU frasa' membeli emak ikan itu' atau membelikan emak ikan itu. Yang mana satu tepat dan tolong jelaskan. kenapa dalam frasa 'menjelaskan perkara' memerlukan akhiran '..kan' untuk maksud kausatif dan mengapa frasa 'membeli ikan' tak perlu akhiran ...kan dalam maksud kausatif?Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 197, maksud kausatif atau menyebabkan, contohnya: Ali membesarkan rumahnya (menyebabkan menjadi besar), manakala maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek. Contohnya: Ayah membelikan adik buku (membeli untuk adik/adik mendapat manfaat). Merujuk contoh yang diberikan oleh saudara, frasa yang betul ialah "membelikan emak ikan" untuk maksud benefaktif. Hal ini berbeza dengan frasa "membeli ikan". Frasa tersebut betul dan membawa maksud melakukan sesuatu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk awalan meN- dan apitan meN-...-kan..Tatabahasa06.04.2012
Saya membeli sebuah buku nilam. Saya membeli sebuah buku Nilam. Saya membeli sebuah buku NILAM. Penggunaan ejaan yang manakah lebih tepat merujuk kepada buku NILAM atau Nilam atau nilam. Nilam bermaksud Nadi Ilmu Amalan MembacaEjaan yang betul ialah Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca). Iaitu merujuk kepada akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan. Contoh lain Mara, Intan dan lain-lain.Ejaan21.09.2017
Minta maaf, ada satu pertanyaan di sini.......ayat tunggal tukar menjadi ayat majmuk ...a. ahmad membeli baju itu. B. Baju itu mahal. Jawapan manakah paling tepat ? 1. ahmad membeli baju yang mahal itu. 2. Ahmad membeli baju itu walaupun baju itu mahal.. 3. Ahmad membeli baju itu walaupun mahal ...terima kasih atas tindak balas pihak tuan .. 
Menurut data kami, jawapan yang betul ialah 1. Ahmad membeli baju yang mahal itu.
Lain-lain17.05.2016
12345678910...

Kembali ke atas