Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : ; berjual ~ menjual dan membeli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : 1. memperoleh barang dgn membayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : mengambil barang dgn membayar harganya: Ia ke kedai hendak ~ buku. ~-belah membeli beberapa banyak jenis barang keperluan sehari-hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membeli

Puisi
 

Membeli tali pasar Senyawan,
     Singgah di surau tangga berlian;
Merosak hati menggugur iman,
     Seperti pungguk rindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Sayang rugi membeli tali timba,
     air setitik tak dapat.

Bermaksud :

Kerana takut rugi pekerjaan tidak jadi atau keuntungan tidak dapat.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUSAT MEMBELI-BELAH

Pusat membeli-belah ialah kumpulan kedai

jualan runcit dan pejabat perniagaan dan

profesional yang dibina dan diuruskan sebagai

satu unit. Di pusat membeli-belah ini, urusan

perniagaan dikumpulkan mengelilingi satu

kawasan pejalan kaki terbuka yang dikenali sebagai

kawasan membeli-belah (mall) .

UMUM 
PERDAGANGAN BEBAS

Perdagangan bebas ialah polisi yang

membenarkan penduduk sesebuah negara membeli

dan menjual di mana-mana sahaja yang mereka suka

tanpa halangan. Sebuah negara yang mempunyai

sebuah polisi perdagangan bebas tidak menghalang

penduduknya daripada membeli barangan yang

dikeluarkan di negara lain, atau menggalakkan

mereka membelinya di negara sendiri.

UMUM 
PERDAGANGAN

Perdagangan ialah membeli dan menjual

barangan dan perkhidmatan. Perdagangan

disebabkan oleh keperluan dan kehendak terhadap

barangan yang dikeluarkan dan perkhidmatan yang

diberikan oleh orang lain.

UMUM 
MINUIT, PETER

Minuit, Peter (1580–1638) ialah gabenor koloni

Belanda. Dia membeli Pulau Manhattan (kini

sebahagian daripada New York City) daripada

Orang Asli Amerika pada tahun 1626 dengan

barang kodi yang bernilai 60 guilder Belanda, atau

kira-kira 24 dolar Amerika (lihat Pulau Manhattan).

Pembelian ini menyebabkan terdirinya

penempatan di pulau itu secara sah oleh Syarikat

Hindia Barat Belanda. Minuit mendirikan New

Amsterdam, sebuah penempatan di bahagian

bawah pulau itu yang menjadi pusat aktiviti syarikat

tersebut. Walaupun penduduknya dilindungi oleh

air di tiga sisi, tetapi Minuit membina Fort

Amsterdam sebagai perlindungan tambahan

daripada Orang Asli Amerika yang bersikap

bermusuhan. New Amsterdam ialah asas

permulaan New York City.

UMUM 
KAD KREDIT

Kad kredit ialah sekeping kad plastik yang

membolehkan pemegangnya membeli barangan,

perkhidmatan, dan (kadang-kadang) mata wang

asing secara kredit

UMUM 
MARGIN

Margin, dalam bursa saham merujuk deposit

yang diberikan oleh pelabur kepada broker untuk

membeli saham.

UMUM 
SYARIKAT PENERBANGAN

Syarikat penerbangan ialah sebuah organisasi

yang mengendalikan pesawat udara yang membawa

penumpang dan kargo. Anda boleh membeli tiket

penerbangan, mengirim surat, bungkusan, atau

kiriman dengan menggunakan kapal terbang milik

syarikat penerbangan ke mana-mana tempat di dunia.

UMUM 
KOS SARA HIDUP

Kos sara hidup ialah jumlah wang yang

diperlukan untuk membeli sejumlah barangan

pengguna dan perkhidmatan yang piawai.

UMUM 
BURSA SAHAM

Bursa saham ialah pasaran membeli dan

menjual saham dan syer oleh syarikat swasta

atau kerajaan. Bursa saham juga dikenali sebagai

pasaran saham.

UMUM 
SETEM PERDAGANGAN

Setem perdagangan ialah premium atau

bonus yang diberikan oleh peruncit kepada

pembeli barangan yang membeli secara tunai.

Setem ini dikumpulkan untuk ditukarkan dengan

barangan lain ataupun untuk mendapatkan

diskaun daripada barang dagangan peruncit

tersebut. Syarikat setem perdagangan menjual

setem itu kepada peruncit. Syarikat juga boleh

menebus (menukar) setem tersebut untuk

mendapatkan pelbagai barangan seperti

perkakas, barangan rumah atau peralatan sukan.

Kedai koperasi mungkin memberikan setem bagi

setiap pembelian. Setem ini juga boleh ditukarkan

untuk barangan lain di kedai koperasi. Ahli

perniagaan Amerika, Thomas Sperry,

menubuhkan syarikat setem perdagangan yang

pertama pada tahun 1896. Walaupun penggunaan

setem ini telah merosot, masih terdapat syarikat

yang memberikan setem ini untuk meningkatkan

hasil jualan.

UMUM 
1234

Kembali ke atas