Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.lit] | ممبليت

Definisi : 1. melilit, melingkar: di pergelangan tangannya ~ dua urat gelang halus; 2. membebat, melibat, menjebak: dgn jalan begini mereka hendak ~ anak negeri supaya dapat diperhambakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.lit] | ممبليت

Definisi : melingkar mengelilingi sesuatu; mengikat berlilit-lilit; melilit: Ular itu ~ mangsanya dahulu sebelum menelannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membelit


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
entuyut Ibsejenis periuk kera.Akar entuyut, basung dan tenggang berceranggah di sana sini, membelit perdu pokok yang berhampiran.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
engkerimuk Ibsejenis gelang perak yang dipakai di bahagian betis orang lelaki (kaum Iban).Sirat panjang amat menawan membelit riba, meliliti pinggang Gelang engkerimuk sungguh cucuk seperti sampuk meniti batang.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tingga Ibsejenis anting-anting yang tebal dan bergelung diperbuat daripada tembaga.Alangkah menawannya wajah dua orang pemuda itu. Ketika membelit sirat panjang meliliti pinggang, tupai-tupai yang berada berdekatan terpegun sehingga berhenti menggerit buah pinang. Dipasukkan pula anting-anting tingga yang tergantung hingga ke paras bahu.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas