Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.lit] | ممبليت

Definisi : 1. melilit, melingkar: di pergelangan tangannya ~ dua urat gelang halus; 2. membebat, melibat, menjebak: dgn jalan begini mereka hendak ~ anak negeri supaya dapat diperhambakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.lit] | ممبليت

Definisi : melingkar mengelilingi sesuatu; mengikat berlilit-lilit; melilit: Ular itu ~ mangsanya dahulu sebelum menelannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membelit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hawser bendikatan tali ulupPerikananTiadaIkatan yang digunakan untuk menyambungkan dua hujung tali. Ikatan tali ulup dibuat dengan membelit hujung tali beberapa kali di sekeliling hujung tali satu lagi yang pasif dan membawanya balik ke arah asal. Hujung tali yang pasif kemudiannya dibelit dan dimasukkan ke dalam gelung tali yang pertama dan kedua-dua hujung tali ditarik ketat.
self-clinging climberpemanjat berpaut sendiriLandskapTiadaTumbuhan memanjat yang mempunyai bahagian khas seperti sulur paut dan duri pencakuk bagi tujuan memanjat dan membelit sokongan dengan sendiri.
cnidoblastknidoblasBiologiHistologi dan SitologiSel epiderma selenterat khusus, berbentuk bujur dan mengandungi pundi berisi cecair yang terletak pada lingkaran bebenang panjang dan lompong kemudian terpancut keluar apabila menerima rangsangan (nematosista). Ada tiga jenis knidoblas, iaitu sel sengat (di lengan ampai-ampai), sel berbelit (bebenang yang membelit mangsa) dan sel pelekat (bebenang yang diliputi bahan pelekat dan melekat pada mangsa). knida.

Kembali ke atas