Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.lo/] | ممبلوق

Definisi : menukar hala, memusing: bas yg mereka tumpangi ~ masuk ke kampung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.lo/] | ممبلوق

Definisi : membelenggu dgn belok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.lo/] | ممبلوق

Definisi : menukar arah: Tiba-tiba kereta itu ~ ke kanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membelok


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul? 1. Saya membelok ke kiri. 2. Saya belok ke kiriAyat yang gramatis ialah saya membelok ke kiri.Tatabahasa24.07.2012
Adakah ayat ini betul? Saya belok ke kanan hingga sampai Jalan OrkidSaya membelok ke kanan hingga sampai ke Jalan Orkid.Tatabahasa24.07.2012
Salam sejahtera, * Semakan Istilah: Apakah istilah yang tepat untuk merujuk kepada tempat pegang, iaitu tempat untuk bergayut dalam kereta? * Apakah: galang tangan / sangkut tangan? * Contoh: Tangannya memegang kuat pada galang tangan sewaktu kereta itu membelok laju. Terima kasih.

Yang sesuai digunakan ialah galang tangan.

Lain-lain21.04.2009
Kesemua yang berikut mengandungi kata kerja pasif kecuali A Rumah Dr Hassan kecurian malam tadi. B Latihan karangan kamu sudah saya semak. C Perompak bank itu kena tembak ketika sedang melarikan diri. D Lori tangki itu terlanggar lembu ketika membelok ke arah stesen minyak.Ayat berikut bukan ayat pasif;
A. Rumah Dr Hassan kecurian malam tadi.
Tatabahasa17.10.2013
Adakah terdapat kesalahan dalam ayat2 di bawah...Jika ada kesalahan minta diterangkan hukum tatabahasa yang berkaitan. 1. Sesetengah orang tidak suka tinggal di bandar. 2.Jika hujan lebat , kawasan ini akan dinaiki air . 3.Sudah bertahun lamanya Pak Cik Ali menetap di kampung ini. Penduduk di kawasan itu saling membantu apabila tiba musim menuai. 4. Abang membelok di sebatang selekoh. 5.Lembu-lembu tanpa tuan bertempiaran di sepanjang jalan kampung itu.Ayat pertama hingga kelima yang dilampirkan adalah betul.Tatabahasa03.03.2014

Kembali ke atas