Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.nar.kan] | ممبنرکن

Definisi : 1. membetulkan: dia cuba ~ kata-katanya yg telah terlanjur itu; 2. menganggap benar, menganggap sah: khabar semalam telah dibenarkan oleh lidah rasmi kerajaan; 3. mengiakan, menyetujui: Hilmi mengangguk ~ kata-kata itu; 4. memperbolehkan, mengizinkan: empunya rumah tidak ~ kami masuk sebelum membayar sewa pertama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.nar.kan] | ممبنرکن

Definisi : 1 menyatakan ia atau sah; menyungguhkan; mengakui: Ali menganggukkan kepalanya sbg tanda ~ kata-kata kawannya itu. 2 memberi izin; membolehkan: Tuan tanah itu tidak ~ sesiapa pun melintasi kawasannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membenarkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERDAGANGAN BEBAS

Perdagangan bebas ialah polisi yang

membenarkan penduduk sesebuah negara membeli

dan menjual di mana-mana sahaja yang mereka suka

tanpa halangan. Sebuah negara yang mempunyai

sebuah polisi perdagangan bebas tidak menghalang

penduduknya daripada membeli barangan yang

dikeluarkan di negara lain, atau menggalakkan

mereka membelinya di negara sendiri.

UMUM 
PERCUBAAN

Percubaan ialah satu tindakan kehakiman yang

membenarkan penjenayah yang disabitkan

bersalah, tinggal bebas dengan masyarakat sebagai

ganti menjalani hukuman di dalam penjara.

Hukuman percubaan selalunya diizinkan oleh

hakim kepada mereka yang disabitkan bersalah

melakukan kesalahan jenayah selain jenayah berat,

seperti rompakan bersenjata, pembunuhan atau

rogol. Hukuman percubaan ini memberikan

peluang kepada pesalah untuk membuktikan

bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan

jenayah itu lagi. Perkataan percubaan (probation)

dalam bahasa Inggeris diambil daripada perkataan

Latin yang bermaksud membuktikan atau menguji.

UMUM 
NEGARA POLIS

Negara polis, berlaku apabila kerajaan sesebuah

negara atau unit politik membenarkan agensi

penguatkuasaan undang-undang negara itu

mengekalkan keamanan melalui ketakutan rakyat.

Dalam keadaan ini, pihak polis tidak lagi tertakluk

kepada undang-undang atau kekangan lain yang

biasanya mengehadkan tindakan mereka dalam

sebuah negara demokrasi berperlembagaan. Pihak

polis boleh merisik sesiapa sahaja tanpa

menghiraukan privasi individu. Mereka juga boleh

menangkap, memenjarakan, membunuh, atau

membuang negeri sesiapa sahaja tanpa sebarang

sebab.

Pada zaman dahulu, negara kota Yunani, Sparta,

merupakan sebuah negara polis yang paling

lengkap. Pada tahun 1990-an, taktik negara polis ini

sering digunakan oleh golongan fasis dan negaranegara

komunis.

Lihat juga Polis rahsia.

UMUM 
PERCERAIAN

Perceraian ialah mengakhiri perkahwinan secara

sah. Undang-undang bagi kebanyakan bangsa

membenarkan perceraian hanya dalam keadaan

tertentu. Perceraian dilarang keras kerana ia

memecahkan sesebuah keluarga, yang merupakan

unit asas masyarakat. Beberapa negara, termasuk

Ireland dan Filipina, yang agama Roman Katolik

merupakan agama yang utama, melarang

perceraian.

UMUM 
NEVADA

Nevada (pend. 1 206 152) ialah negeri di barat

Amerika Syarikat. Ia adalah satu-satunya negeri di

Amerika Syarikat yang mempunyai undang-undang

yang membenarkan hampir segala jenis perjudian

di seluruh negerinya. Kasino perjudian mewah di

Tasik Tahoe, Las Vegas, dan Reno menarik ramai

pengunjung dari merata dunia. Dari segi keluasan,

Nevada merupakan salah satu negeri Amerika

Syarikat yang terbesar, tetapi jumlah penduduknya

adalah antara yang terkecil berbanding dengan

negeri-negeri lain. Bandar terbesar dan pusat utama

tarikan pelancong ialah Las Vegas, manakala Reno

ialah bandar kedua terbesar.

UMUM 
IMAN

Iman, mempercayai, membenarkan dan meyakini dengan hati. 

AGAMAKonsep
DUVALIER, FRANCOIS

Duvalier, Francois (1907–1971) ialah Presiden

Haiti dari tahun 1957 hingga dia meninggal

dunia pada tahun 1971. Duvalier memerintah

sebagai diktator dan tidak membenarkan sesiapa

menentangnya.

UMUM 
EKUITI

Ekuiti dalam bidang undang-undang ialah satu

set peraturan yang dirumuskan pada mulanya

untuk mengelakkan keputusan mahkamah yang

terlalu tegar. Ekuiti berdasarkan prinsip kewarasan

dan keadilan yang luas. Ia membenarkan undang-undang

membuat penyesuaian berdasarkan

keadaan khusus sesuatu kes.

UMUM 
ALEXANDER II

Alexander II (1818–1881), tsar Rusia dari tahun

1855 hingga tahun 1881. Baginda dikenali sebagai

tsar Pembebas kerana menamatkan perhambaan di

Rusia pada tahun 1861. Baginda juga

memperbaharui sistem kehakiman, mengurangkan

penapisan, membenarkan perhimpunan wakil-wakil

wilayah dan menggalakkan perindustrian.

UMUM 
SMITH, IAN DOUGLAS

Smith, Ian Douglas (1919– ), menjadi Perdana

Menteri Rhodesia-yang kini dikenali sebagai

Zimbabwe – dari tahun 1964 hingga tahun 1978.

Setelah menjadi perdana menteri, Smith memohon

kemerdekaan Rhodesia daripada United Kingdom

(UK) di bawah perlembagaan yang membenarkan

segelintir minoriti kulit putih untuk terus

memerintah kaum kulit hitam dalam jangka masa

yang tidak pasti. Pihak United Kingdom tidak

bersetuju dan pada 11 November 1965, Smith

mengisytiharkan kemerdekaan Rhodesia tanpa

restu United Kingdom.

UMUM 
12

Kembali ke atas