Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ben.dung] | ممبندوڠ

Definisi : 1. menghalang arus air, mengempang: sungai itu dibendung supaya dapat menghasilkan tenaga elektrik; 2. ki menghalangi, menahan, merintangi: Amerika Syarikat membantu Vietnam Selatan kerana hendak ~ kegiatan komunis; undang-undang sekarang belum lagi berjaya ~ perbuatan jenayah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ben.dung] | ممبندوڠ

Definisi : 1 menahan aliran air di sungai dsb; mengempang. 2 ki menahan atau menyekat sesuatu supaya tidak merebak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membendung


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
hold 1 4. often ~ st back, keep back flow of, membendung, menahan: the dam could not ~ the water, empangan itu tdk dapat membendung air; she could not ~ back her tears, dia tdk dapat menahan air matanya; policemen linked arms to ~ back the crowd, polis merangkaikan tangan utk membendung orang ramai; 5. support, sustain, menampung: the wall could not ~ the weight of the roof, tembok itu tdk dapat menampung berat bumbung itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stem 2 b. (fig.) membendung: the clarification did little to ~ the flood of criticism levelled at the ministry, penjelasan itu tdk berupaya membendung kecaman yg banyak dilemparkan thdp kementerian.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dam1up, a. build a dam across, mengempang, membendung, menebat: to ~ up a river, mengempang sungai; b. cause to be blocked, terempang, terbendung, tertebat: garden refuse had ~med up the drain, parit itu terempang oleh sampah-sarap dr taman; c. (fig.) membendung, menahan: to ~ up o’s feelings, membendung perasaan sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dam1vt mengempang, membendung, menebat: the river has been ~med in several places, sungai itu telah diempang di beberapa tempat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hornon the ~s of a dilemma, berada dlm /dilema, keadaan serba salah/; /pull, draw/ in o’s ~, a. restrain anger, zeal, etc, membendung + approp n: as there were many people present, he had to draw in his ~s, disebabkan ramai orang yg hadir, dia terpaksa membendung kemarahannya; b. economize, berjimat cermat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stifle 3. quell natural behaviour, menahan, membendung: he managed to ~ his anger, dia berjaya menahan kemarahannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stifle vt 1. restrain, repress (st) that is happening, menyekat, membendung: measures that would ~ trade and ruin many businesses, langkah-langkah yg akan menyekat perdagangan dan menghancurkan beberapa banyak perniagaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trap4. retain, menahan; (block) menyekat; (forming a pool) membendung: the forest litter ~s the rain, sarap hutan menahan air hujan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
retainhe tried his utmost to ~ his self-control, dia mencuba sedaya upaya utk mengawal dirinya; 3. hold or contain, menyimpan, membendung: clay soil ~s water, tanah liat menyimpan air; 4. keep in o’s memory, menyimpan: for years he ~ed the memory of those events, bertahun-tahun lamanya dia menyimpan kenangan ttg peristiwa-peristiwa itu; 5. engage services of (esp a barrister) by paying a fee, membayar retainer utk: the company ~s a lawyer, syarikat itu membayar retainer utk seorang peguam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
retentionn 1. continued possession or use of (st) pengekalan, mengekalkan: ~ of o’s rights, pengekalan hak-hak seseorang; 2. act of holding, containing st, pembendungan, membendung: the ~ of flood waters, pembendungan air banjir; 3. ability to remember, ingatan: her ~ of facts is amazing, ingatannya ttg fakta-fakta sangat mengagumkan; 4. preservation, pengekalan: the ~ of traditional architecture for posterity, pengekalan seni bina tradisional utk anak cucu; 5. (med) penahanan: ~ of urine, penahanan air kencing.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas