Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.béng.ko/.kan] | ممبيڠکوقکن

Definisi : menjadikan bengkok, mengelokkan, membelokkan: jalan yg mudah utk mengikir permukaan yg lebar ialah dgn cara ~ puting kikir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.béng.ko/.kan] | ممبيڠکوقکن

Definisi : membuat sesuatu menjadi bengkok: Siapa yg ~ camca ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membengkokkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERKAKAS MESIN

Perkakas mesin ialah mesin yang digerakkan

dengan kuasa elektrik dan sebagainya dan

digunakan untuk membentuk logam. Mesin ini

boleh membengkokkan, memotong, menggerudi,

mencanai, mengetuk dan mengasak logam menjadi

bentuk yang dikehendaki. Operasi perkakas mesin

yang lebih canggih membabitkan penggunaan

tenaga seperti elektrik atau kimia, haba, magnet dan

ultrabunyi. Orang yang mengendalikan mesin

disebut jurumesin. Perkakas mesin memainkan

peranan penting dalam pembuatan hampir semua

produk logam, antaranya ialah bahagian basikal,

kereta, radio, peti sejuk dan televisyen. Banyak

produk lain, termasuk buku, perabot dan tekstil,

juga dibuat dengan mesin yang dibuat dengan

menggunakan perkakas mesin.

UMUM 
SIKU

Siku ialah sendi yang menyambungkan lengan

atas dengan lengan bawah seseorang. Humerus

tulang lengan atas dan radius dan ulna – tulang

tangan bawah – bertemu di siku. Sambungan

ketiga-tiga tulang ini membentuk tiga sendi yang

lebih kecil di dalam sendi siku. Sendi yang lebih

kecil ini membolehkan pergerakan tertentu. Sendi

humerus-ulna dan sendi humerus-radius

membolehkan seseorang membengkokkan

lengan bawah ke atas dan ke bawah. Sendi radiusulna

dan sendi humerus-radius membolehkan

seseorang memutarkan lengan bawah dan

memusingkan tapak tangan ke atas dan ke bawah.

UMUM 

Kembali ke atas