Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ben.tu/] | ممبنتوق

Definisi : 1. melengkung, melentur: ~ spt kail; 2. menjadikan atau membuat supaya melengkung; 3. menjadikan sesuatu mengikut bentuk yg tertentu, membuat sesuatu dgn bentuk atau rupa yg tertentu; 4. membuat, mendirikan, menubuhkan, menyusun: ~ kata terbitan yg baru; ~ syarikat kerjasama; ~ kabinet baharu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ben.tu/] | ممبنتوق

Definisi : 1 berkelok spt sebahagian drpd bulatan; melengkung: Keningnya ~ spt bulan sehari. 2 menjadikan sesuatu melengkung atau melentur; melengkungkan: Nelayan itu sedang ~ mata kail. 3 membuat sesuatu supaya tentu bentuknya: Pertapa itu sedang ~ mata keris. 4 membaiki kelakuan orang; mendidik dan mengajar orang: Jika hendak ~ orang, biarlah ketika ia masih kanak-kanak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membentuk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana membentuk awalan kata kerja untuk kata dasar mop mengemop atau memop lantai?mengemopTatabahasa31.10.2017
Apa kaedah membentuk kata bahasa Melayu daripada pinjaman/serapan bahasa Inggeris melibatkan -sion? Kenapa television menjadi televisyen, vision menjadi visi, profession menjadi profesion?

Untuk maklumat tuan/puan, sesuatu istilah dibentuk berpandukan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPIBM, 2005).

Dari segi pembentukan istilah, pinjaman/serapan bahasa Inggeris yang melibatkan -sion dipadankan dengan -sion, -si atau -syen. Oleh yang demikian, (profession - profesion, vision - visi dan television - televisyen). Lazimnya, kata yang terserap sepenuhnya dari segi ejaan dan bunyi adalah melalui penciptaan istilah (Nik Safiah et al., 2013). Selain itu, istilah asing tersebut telah sebati dalam pengucapan dan penulisannya dalam bahasa Melayu.

Istilah15.02.2024
'Ledakan Kepimpinan Membentuk Mahasiswa Berwawasan' mohon bantuan untuk semak slogan ini betul atau sebaliknya ??Perkataan ledakan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut kerana ledakan bermaksud letupan atau pertumbuhan yang sangat besar berkaitan dengan penduduk atau teknologi. Lihat maklumat di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ledakan&d=1 untuk maklumat lanjut.Tatabahasa28.09.2012
Tuan, adakah ayat ini betul. Berikan yang terbaik, untuk membentuk diri si manja yang terbaik. Terima Kasih.Berikan yang terbaik, untuk membentuk diri si manja yang terbaik. Ayat ini betul dan lazimnya digunakan dalam laras iklan.Tatabahasa18.10.2011
Bilakah imbuhan "ber" dan "men" digunakan?meN ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. beR juga membentuk kata kerja yang bersifat tak transitif, sama ada yang memerlukan pelengkap atau yang tidak memerlukan pelengakap. Sila rujuk buku Tatabahasa dewan Edisi Baharu hal. 146-163.Tatabahasa05.10.2007
Tuan, Saya ingin tahu apakah perkatan-perkataan yang membentuk JERAYAWARA ? Misalnya CERPEN adalah daripada perkataan 'cerita pendek'. Terima kasih. Musa Rashim

Kata jeraya dan wara membentuk perkataan jerayawara sebagai padanan roadshow dalam bahasa Melayu.

Istilah18.07.2009
MOHON NASIHAT PENGGUNAAN PERKATAAN KE DAN KEPADA.Ke : i. awalan untuk membentuk bilangan yang menunjukkan kedudukan dalam siri atau urutan (kelapan, ketiga); ii. awalan membentuk kata nama (kekasih, kecantikan); iii. kata sendi yang menunjukkan arah (ke utara); iv. Pergi (menuju sesuatu tempat) - ke pasar. Kepada : i. Kata untuk menyatakan arah (mengirim surat kepada adiknya); ii. Terhadap, akan (jangan buat jahat kepada orang); iii. Daripada, pada (Beliau penolong kepada Pegawai Daerah). Makna17.01.2008
Lebih banyak saya ketahui tentang orang yang membuat keputusan yang membentuk dunia, lebih banyak keraguan saya kepada@pada kemampuan dan matlamat mereka.Lebih banyak saya ketahui tentang orang yang membuat keputusan yang membentuk dunia, lebih banyak keraguan saya terhadap kemampuan dan matlamat mereka.Tatabahasa14.09.2011
"Bajet 2010 diharap mampu membentuk rakyat untuk berbelanja secara berhemah dengan mengetatkan peraturan pemilikan kad kredit". Soalan saya adalah: 1) adakah ayat di atas merupakan ayat majmuk campuran? 2) Mengapakah ia dikatakan ayat majmuk campuran? Saya ingin menyiapkan tugasan.Terima kasih."Bajet 2010 diharap mampu membentuk rakyat untuk berbelanja secara berhemah dengan mengetatkan peraturan pemilikan kad kredit". - ayat ini ialah ayat majmuk campuran yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 519.Tatabahasa10.11.2010
1. Apakah kata dasar bagi perkataan "Permohonan" Pohon atau Mohon. 2. Untuk membentuk ayat bagi tajuk surat yang betul, yang mana saya sesuai dan betul penulisannya. Sama ada i) POHON KHIDMAT KAUNSELING ii) MEMOHON KHIDMAT KAUNSELING atau iii) PERMOHONAN KHIDMAT KAUNSELING 3) Untuk membentuk ayat yang betul, yang mana saya betul sam ada, i) Dipohon kerjasama tuan atau ii) Dimohon kerjasama tuan. mohon mendapat penjelasan secepat mungkin. terima kasih. t.t. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker merangkap Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG.

1. Kata dasar permohonan ialah mohon. 

2. Ayat yang paling tepat untuk tajuk surat ialah "PERMOHONAN KHIDMAT KAUNSELING"

Tatabahasa18.07.2011
12345678910...

Kembali ke atas