Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.rang.sang.kan] | ممڤرڠسڠکن

Definisi : 1. membangkitkan keberanian (semangat dll), memberanikan: ia sukacita mendengar kata-kata tabib yg ~ hatinya; 2. membangkitkan kemarahan (perasaan marah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.rang.sang.kan] | ممڤرڠسڠکن

Definisi : membangkit-bangkitkan hati supaya berani, marah dsb; membangkitkan keberanian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memberangsangkan


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
sting ~ so. /into, to/, memberangsangkan sso supaya: his insult stung them into action, hinaannya memberangsangkan mereka supaya bertindak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
refreshingadj 1. that refreshes, menyegarkan: a ~ drink, minuman yg menyegarkan; a ~ breeze, bayu yg menyegarkan; 2. interesting, stimulating, memberangsangkan: it is ~ to hear the truth spoken so openly, adalah memberangsangkan mendengar kebenaran yg dikatakan dgn terus-terang; a ~ change, perubahan yg memberangsangkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
provokevt 1. rouse to anger, a. (person) membangkitkan kemarahan, memberangsangkan, memprovokasi: his sharp remark ~d the old lady, kata-katanya yg kesat membangkitkan kemarahan perempuan tua itu; their continual sneering finally ~d him to violence, cemuhan mereka yg berterusan akhirnya memberangsangkan lelaki itu sehingga dia bertindak ganas; b. (animal) mengusik, mengacau, mengganggu: a cat will only scratch you if it’s ~d, kucing hanya akan mencakar kamu jika dikacau; 2. prompt, bring about, menimbulkan: his speech ~d strong reaction from a section of the audience, ucapannya menimbulkan reaksi yg hebat drpd sebahagian hadirin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
provocationn 1. act of provoking, provokasi, membangkitkan kemarahan, memberangsangkan: constant ~, provokasi yg terus-menerus; 2. state of being provoked, diberangsangkan, dibangkitkan kemarahan, diprovokasi: I am sure he would never strike a person except under ~, saya pasti dia tdk akan memukul sesiapa kecuali jika diberangsangkan; 3. st which incites, provokasi, (sst yg) membangkitkan kemarahan, memberang: his speech was considered a ~, ucapannya dianggap sbg satu provokasi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
oratorn pemidato, ahli pidato: Soekarno was a powerful ~, Soekarno ialah ahli pidato yg sangat memberangsangkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
agitatingadj 1. causing motion, penggerak, menggerakkan, mengerak-gerakkan; 2. arousing, merangsang, memberangsangkan: ~ speech, ucapan yg merangsang; 3. upsetting, mengganggu fikiran, merunsingkan: ~ news, berita yg mengganggu fikiran; ~ incident, kejadian yg mengganggu fikiran;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inflammatoryadj 1. (tending to arouse anger, animosity, etc) mengapi-apikan, bersifat menghasut; (tending to arouse to passion, excite) merangsangkan, memberangsangkan: an ~ speech, ucapan yg mengapi-apikan; 2. of, rel to, accompanied or caused by inflammation, radang: an ~ condition of the liver, keadaan hati yg radang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inflamevt a. arouse anger in, /menaikkan, membangkitkan/ kemarahan; (used with “further, “all the more”, etc) menyebabkan [sso] marah: his words ~d the crowd, kata-katanya menaikkan kemarahan orang ramai; her unkind remarks only ~d him further, kata-katanya yg kesat menyebabkan lelaki itu bertambah marah; b. cause to be agitated, merangsangkan, memberangsangkan: a speech that only served to ~ the audience, ucapan yg merangsangkan para pendengar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
agitationn 1. vigorous movement, a. (gen), (per)gerakan; b. (of liquid, water surface) kocakan; c. (of air) kisaran; 2. emotional disturbance, (keadaan) fikiran yg terganggu: be in a state of ~, dlm keadaan fikiran yg terganggu; 3. arousal of public concern, a. (when viewed favourably) pemerangsangan, merangsang, memberangsangkan; b. (when viewed unfavourably) penghasutan, pengacuman: the ~ against the proposed legislation, penghasutan thdp perundangan yg diusulkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
agitatevt 1. move vigorously, shake, a. (gen) menggerak-gerakkan: leaves ~d by a strong wind, daun-daun yg digerak-gerakkan oleh angin kencang; b. (liquid, water surface) mengocak-ngocakkan: the wind ~d the surface of the lake, angin mengocak-ngocakkan air di permukaan tasik itu; c. (air) mengisarkan; 2. arouse, (when viewed favourably) merangsang, memberangsangkan; (when viewed unfavourably) menghasut, mengacum: the party ~d the people against the new regime, parti itu menghasut rakyat menentang rejim baru; 3. upset, a. (person) mengganggu fikiran, menggelisahkan, meresahkan; b. (mind) mengganggu, merunsingkan; c. (feelings) mengganggu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas