Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.rang.sang.kan] | ممڤرڠسڠکن

Definisi : 1. membangkitkan keberanian (semangat dll), memberanikan: ia sukacita mendengar kata-kata tabib yg ~ hatinya; 2. membangkitkan kemarahan (perasaan marah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.rang.sang.kan] | ممڤرڠسڠکن

Definisi : membangkit-bangkitkan hati supaya berani, marah dsb; membangkitkan keberanian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memberangsangkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkan perkataan memberangsangkan diguna dalam menyatakan perihal keputusan peperiksaan. Contoh; Keputusan peperiksaan yang tidak memberangsangkan menyebabkan dia gagal memasuki pusat pengajian tinggiMemberangsangkan bermaksud membangkitkan keberanian (semangat, dll) atau membangkitkan kemarahan. (Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). Dalam contoh ayat yang diberikan, kata 'memberangsangkan' boleh digunakan dengan maksud membangkitkan semangat atau kemajuan yang menggembirakan. Lebih baik kata 'memberangsangkan' dalam ayat ini diganti dengan kata lain seperti keputusan tidak baik, tidak memuaskan, tidak cemerlang, dll. Sila rujuk kamus untuk penjelasan lanjut.Makna10.08.2008
kata dasar 'rangsang'....memberansangkan atau memberangsangkan, mana yang betul.....saya semak Kamus DB 2003....memberangsangkan....tapi biasanya dalam buku memberansangkan....mana satu yang betul?tqMenjawab persoalan saudara, kata dasar bagi memberangsangkan ialah rangsang. Oleh yang demikian, penggunaan kata yang betul ialah memberangsangkan.Tatabahasa11.06.2007
Selamat malam, saya ada beberapa soalan nak kemukakan. Soalan 1: Kedua-dua orang peluncur itu dikatakan hilang selepas_______ dalam runtuhan salji. Apakah jawaban yang sesuai digunakan dalam ayat tersebut? terkambus atau tertimbus? Soalan 2 Hasrat Ali untuk meneruskan pengajian ke luar negara tidak kesampaian kerana keputusan peperiksaan kurang memberangsangkan. Adakah perkataan "memberangsangkan" sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Soalan 3: Adakah frasa "menjatuhi penjenayah itu hukuman penjara" betul? Menurut Kamus Dewan, maksud "menjalani" ialah jatuh mengenai sesuatu. Jadi. adakah penggunaan frasa itu betul? Soalan 4 Semasa berada di tempat orang, jagalah ________ kamu. Jawaban "tataetika" atau "tataadab" lebih sesuai digunakan? Sekian, terima kasih.

1) Kedua-dua orang peluncur itu dikatakan hilang selepas_______ dalam runtuhan salji. Dalam Kamus Dewan, terkambus sama makna dengan tertimbus, kedua-duanya boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut.

2) Memberangsangkan bermaksud;  1. membangkitkan keberanian, memberanikan; dan 2. membangkitkan kemarahan. Oleh itu, perkataan memerangsangkan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.

3) Adakah frasa "menjatuhi penjenayah itu hukuman penjara "betul? - menjatuhi dalam ayat ini boleh digunakan. Menjatuhi bermaksud  menyebabkan seseorang atau sesuatu ditimpa oleh sesuatu yang lain.

4) Semasa berada di tempat orang, jagalah ________ kamu. Kata tataetika dan tataadab boleh menjadi jawapan soalan tersebut kerana kedua-duanya bermaksud budi bahasa.

Tatabahasa19.11.2010
bolehkah saya menggunakan frasa 'disambut gemuruh' untuk mengambarkan situasi di mana sesuatu perkara,acara,perhimpunan menerima sambutan yang menggalakkan/memberangsangkan? penggunaan lazim yang saya lihat ialah 'disambut tepukan gemuruh'. tetapi kerana tujuan saya ialah untuk suatu slogan (yang biasanya berayat pendek dan jitu)...saya ingin membuang perkataan 'tepukan' daripada frasa itu. nasihat DBP amat dihargai. terima kasih.

Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan gemuruh bermaksud kuat dan menderu-deru bunyinya (spt kapal terbang, tepuk sorak orang ramai dan sebagainya) : Ucapan menteri itu disambut dengan tepukan yang gemuruh.  Berdasarkan frasa yang diberikan oleh saudara, disambut gemuruh tidak memberikan apa-apa makna kerana perkataan gemuruh dalam konteks ini berkait dengan tepukan yang menunjukkan sambutan menggalakkan yang diterima oleh seseorang. Jika saudara hendak menggugurkan perkataan tepukan, keadaan tidak mengambarkan suasana sambutan tersebut.

Tatabahasa19.01.2010
Sila pihak tuan semak ayat-ayat surat ini, sesuai atau tidak? Kami diarahkan oleh syarikat pelanggan kami yang disebut diatas supaya memulangkan Borang C dan R bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan tuan yang selanjutnya. Untuk makluman tuan, sepertimana yang ditunjukkan didalam Borang C T/T 2011, syarikat ini adalah dikenakan cukai sebanyak RM195,368.75, tetapi selepas campur Penambahan cukai dibawah Sec. 107C(10) syarikat pelanggan kami kena membayar jumlah baki sebanyak RM203,044.56. Oleh kerana memandangkan keadaan ekonomi yang amat tidak baik, ini mengakibatkan syarikat pelanggan kami tidak mampu untuk membuat bayaranya dengan sekaligus dan amat berharap supaya pihak tuan dapatlah memberikan masa kepada syarikatnya untuk membuat jumlah bayaran cukai bagi T/T 2011 melalui sebelas (11) ansuran dengan cara berikut : - Dan bersama-sama surat ini pelanggan kami ingin melampirkan sebelas (11) keping Cek AB untuk perhatian dan tindakan tuan seterusnya. Sila pihak tuan akui resit kepada pelanggan kami setelah cek telah laku. Sekian, semoga mendapat perhatian dan pertimbangan dari pihak tuan, Terima kasih.Kami diarahkan oleh syarikat pelanggan kami yang disebut di atas supaya memulangkan Borang C dan R bagi T/T 2011 yang telah dilengkapkan dan dilaporkan melalui e-filing untuk tindakan tuan selanjutnya.
Untuk makluman tuan, sepertimana yang tertera di dalam Borang C T/T 2011, syarikat ini dikenakan cukai sebanyak RM195,368.75, tetapi selepas dicampur penambahan cukai di bawah Sek. 107C (10) syarikat pelanggan kami dikehendaki membayar jumlah baki sebanyak RM203,044.56. Memandangkan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, syarikat pelanggan kami tidak mampu untuk membuat bayaran dengan sekali gus dan amat berharap supaya pihak tuan dapatlah memberikan masa kepada syarikat  untuk membuat jumlah bayaran cukai bagi T/T 2011 melalui sebelas (11) ansuran dengan cara yang berikut: ... Dan bersama-sama ini kami lampirkan sebelas (11) keping Cek AB untuk perhatian dan tindakan tuan seterusnya. Sila keluarkan resit kepada pelanggan kami setelah cek tersebut ditunaikan.
Tatabahasa16.08.2012

Kembali ke atas