Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ber.hen.ti.kan] | ممڤرهنتيکن

Definisi : 1. menjadikan (menye­bab­kan) berhenti, membiarkan berhenti: ia ~ basikalnya; orang itu ~ percakapannya; 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan: ~ peperangan; lagu-lagu piring hitam diber­hentikan; 3. memecat, melepaskan sese­orang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
henti
Kata Terbitan : berhenti, memberhentikan, menghentikan, pemberhentian, perhentian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ahmad Aiman Nordin Jul 7th, 9:53am Penjaja minuman dikehendaki _______________________ daripada menggunakan pewarna yang tidak dibenarkan. A. memberhentikan B. memberhenti C. berhentikan D. berhenti Apakah jawapan yang tepat? Mohon jasa baik pihak DBP menerangkan waktu bila digunakan memberhentikan , memberhenti, berhentikan dan berhenti. Terima kasih.Penjaja minuman dikehendaki berhenti daripada menggunakan pewarna yang tidak dibenarkan. Berhenti bermaksud tidak meneruskan lagi. Memberhentikan bermaksud menjadikan (menyebabkan) berhenti, seperti Ali memberhentikan basikalnya. Tidak ada perkataan memberhenti.Tatabahasa07.07.2015
1. Memberhentikan mesin ATAU Menghentikan mesin? 2. Menjalankan mesin ATAU Menggerakkan mesin? Yang mana lebih tepat?

Perkataan “memberhentikan”, “menghentikan”, “menjalankan” atau “menggerakkan”, kesemuanya boleh digunakan mengikut konteks dan penggunaan dalam ayat.

Tatabahasa13.10.2023
Saya ingin menanya apakah perkataan yang sesuai untuk ayat dibawah iaitu "menghentikan" atau "memberhentikan". Berikut adalah ayat tersebut: Jika anda tidak ingin meneruskan penyertaan selepas andamenghentikan rawatan, anda harus terus berjumpa dengan doktor anda secara tetap, kerana virus Hepatitis B boleh “meradang” ke paras yang tinggi dan menyebabkan kerosakan kepada hati anda dalam minggu-minggu selepas menghentikan terapi. Bolehkah tuan menjelaskan makna setiap perkataan tersebut.Menurut Kamus Dewan memberhentikan bermaksud 1. menjadikan (menyebabkan) berhenti, membiarkan berhenti. 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan. 3. memecat, melepaskan seseorang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan. Memberhentikan juga bermakna menghentikan.Makna02.11.2007
Soalan Peribahasa Pengarah syarikat itu teelah memberhentikan pekerjanya yang malas kerana melakukannya pekerjaan apabila disuruh sahaja Haifizul amat kecewa akan keputusan pperiksaannya,namun segala-galanya telah terlambat Orang ramai disarankan supaya beringat-ingat ketika berbelanja.Biarlah perbelanjaan kita berpadanan dengan pendapatan yang kita peroleh. Walaupun telah bertahun-tahun lamanya Szimaan bekerja di luar negara,akhirnya dia mengambil leputusan untuk pulang ke tanah airnya Apakah peribahasa di atas yang disenaraikan.Saa meminta bantuanUntuk makluman, tuan boleh melayari laman web www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan yang boleh menjadi kata kunci kepada peribahasa tersebut dalam ruangan "Carian Spesifik" dan klik "Cari". Tuan akan memperoleh maklumat yang diperlukan. Lain-lain10.01.2021
Saya sedang __ kipas yang berpusing itu. 'mematikan' atau 'memberhentikan', yg manakah lebih sesuai ??Perkataan yang betul ialah memberhentikan mengikut konteks ayat. Walau bagaimanapun, ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah Saya mematikan suis kipas angin tersebut.Tatabahasa23.07.2013
pengusaha restoran itu dikehendaki -------------- daripada berniaga berhampiran longkang yang tersumbat itu. apakah jawapan yg paling sesuai.. memberhentikan atau menghentikan..Perkataan yang paling tepat ialah "berhenti". Pengusaha restoran itu dikehendaki berhenti daripada berniaga berhampiran longkang yang tersumbat itu.Tatabahasa28.10.2013
1)Apakah perbezaan perkataan dengan imbuhan mem...kan dan imbuhan mem sahaja? Contohnya, memberi dan memberikan. 2)bagaimanakah kita hendak membezakan sama ada perkataan itu dieja dengan '-' atau tidak. Contohnya sampah sarap @ sampah-sarap, rempah ratus @ rempah-ratus 3)yang mana satu betul ? Menghentikan @ memberhentikan? Jikalau kedua-duanya betul, apakah perbezaannya?Awalan mem- ialah salah satu daripada alomorf meN-, iaitu kata kerja yang mendukung maksud melakukan sesuatu. Penggunaan kata kerja dengan awalan meN- boleh menerbitkan dua makna, iaitu sama ada melakukan perbuatan seperti mengarang dan mengaum; serta menyatakan keadaan seperti seperti membujang dan memanjang. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 151 - 161. Manakala kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar seperti ... merundingkan Projek Ikhtiar; maksud kausatif atau menyebabkan seperti ... membesarkan rumah; dan maksud benefaktif atau manfaat seperti ... membelikan adik buku. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 - 197.Tatabahasa28.10.2014
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah padanan bagi perkataan "cut" yang biasa digunakan oleh pengarah dalam penggambaran setelah mendapat potongan babak yang diinginkan? Terima kasih.Tiada data berkaitan’cut’ khusus untuk bidang perfileman dalam data DBP.  Mengikut konteks penggambaran filem, istilah ‘cut’ merujuk pada arahan daripada pengarah untuk memberhentikan penggambaran babak. Kami mencadangkan ‘cut’ diberikan padanan ‘berhenti’ atau ‘potong’.Istilah14.12.2018
Soalan 2 Beliau …………daripada jawatannya kerana didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin. Mengapakan jawapan adalah A dilucutkan Mengapakan tak boleh B dipecatkanJawapan yang betul ialah Beliau “dilucutkan/dipecat” daripada jawatannya kerana didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin. Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan bersilih ganti dalam contoh ayat yang diberikan kerana “pecat” membawa maksud memberhentikan seseorang daripada jawatannya, manakala “lucut” pula bermakna menghentikan atau menarik balik pangkat/kuasa dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perkataan “dipecatkan” tidak boleh digunakan kerana pembentukan kata yang betul ialah “dipecat”.Tatabahasa02.08.2020
PERKATAAN BAHASA MELAYU YANG SESUAI BAGI MAKSUD 'DECOMMISSIONING AND ABANDONMENT'Terjemahan dalam bahasa Melayu istilah decommissioning and abandonment ialah penyahtauliahan dan peninggalan.  Biasanya perkataan ini digunakan dalam bidang kejuteraan.  

Walau bagaimanapun pelucutan juga boleh digunakan untuk perkataan decommissioning mengikut bidang tertentu kerana pelucutan bermaksud perihal menarik balik atau memberhentikan sesuatu. 



Makna13.06.2022
12

Kembali ke atas