Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ber.hen.ti.kan] | ممڤرهنتيکن

Definisi : 1. menjadikan (menye­bab­kan) berhenti, membiarkan berhenti: ia ~ basikalnya; orang itu ~ percakapannya; 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan: ~ peperangan; lagu-lagu piring hitam diber­hentikan; 3. memecat, melepaskan sese­orang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
henti
Kata Terbitan : berhenti, memberhentikan, menghentikan, pemberhentian, perhentian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antihaemorrhagicpengantidarahanKimiaTiada1. Bahan yang mencegah atau memberhentikan perdarahan. 2. Memberhentikan perdarahan.
damping magnetmagnet redamanTeknikElektrikSebarang magnet yang digunakan untuk memberhentikan pergerakan sesuatu objek, yang dibuat daripada bahan magnet. Contoh kegunaan magnet jenis ini adalah pada peralatan ukuran untuk memberhentikan jarum meter setelah terpesong pada sesuatu bacaan.
withdrawal periodtempoh penarikanVeterinarTiadaTempoh yang diperlukan untuk memberhentikan pemberian sesuatu bahan di dalam makanan ternakan yang sekiranya ternakan tersebut dimanfaatkan oleh manusia boleh mengakibatkan kesan sampingan. Contoh bahan yang biasa ditambah ke dalam makanan haiwan ialah antibiotik dan ubat cacing. Tempoh yang diperlukan untuk memberhentikan pemberian tersebut bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Pemberian sesuatu antibiotik di dalam makanan atau minuman perlu diberhentikan dua minggu sebelum ternakan disembelih. Bagi lembu tenusu yang disuntik antibiotik ke dalam puting teteknya, susu yang dihasilkan oleh ternakan tersebut tidak boleh digunakan oleh manusia dalam tempoh tertentu.
dynamic brakingpembrekan dinamikTeknikElektrikKaedah untuk memberhentikan motor dengan segera tanpa penggunaan brek mekanik ketika bekalan diputuskan. Bagi motor a.t. pembrekan dilakukan dengan menyambung perintang selari dengan angker ketika bekalan motor diputuskan. Motor ini akan bertukar menjadi penjana dengan perintang sebagai bebannya. Penjana memerlukan arah yang bertentangan dengan arah motor untuk memberhentikan motor. Motor tiga fasa pula diberhentikan dengan memberikan bekalan arus terus kepada salah satu belitannya.
click dragtarikan sentakPerikananTiadaCara memberhentikan daya tarik sentakan ikan melalui sistem mekanikal yang terdapat pada gelendong. Sistem mekanikal ini akan tersentak secara automatik apabila gelendong disentap dan bunyi klik akan dihasilkan oleh gigi gear kekili gelendong apabila tali ditarik oleh ikan.
layoffhenti kerja sementaraPentadbiranTiadaTindakan memberhentikan secara sementara atau tetap seorang pekerja atau tenaga kerja.
orderly close-downtutup terus tertibKejuruteraanTiadaMemberhentikan sistem dengan menentukan permulaan tertib dan tiada kerosakan berlaku pada maklumat, dan pemberhentian ini akan mengemas kini rekod yang perlu dikemas kini dan tidak ada rekod yang mungkin ada ralat dikemas kini sekali lagi semasa sistem dimulakan semula.
vertical holdpenahan tegakSosiologiTiadaKawalan untuk memberhentikan gulingan gambar.
silver cyanideargentum sianidaPerubatanTiada, berciri racun dan boleh memberhentikan pernafasan sel.
temporary stoppagehenti sementaraSukanTiadaKeadaan apabila penjaga masa memberhentikan masa perlawanan atas sebab-sebab tertentu setelah mendapat arahan daripada pengadil.
12345

Kembali ke atas