Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.ri.kan] | ممبريکن

Definisi : 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.ri.kan] | ممبريکن

Definisi : menyerahkan sesuatu kpd: Saya ~ buku itu kpd adik saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memberikan

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Mencurah air di daun keladi.

Bermaksud :

Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Memberikan sokongan / memberi sokongan? 2. Memberikan ucapan / memberi ucapan? Apakah perbezaan antara memberi dan memberikan? terima kasihJawapan:
1. Jawapan yang betul ialah "memberikan sokongan" dan "memberikan jawapan".
2. Perkataan "memberi" digunakan hanya untuk sesuatu yang bernyawa, contohnya orang. Manakala perkataan "memberikan" digunakan untuk objek yang tidak bernyawa. Contoh ayat lain: 1. memberikan nasihat 2. memberikan hadiah 3. memberi budak itu...
Tatabahasa14.07.2014
Hi, boleh saya tahu perbezaan antara memberi dan memberikan ? Dari kamus, perkataan 'memberi' hendaklah diikuti dengan kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Tetapi bagaimana pula dengan benda abstrak ? Contohnya, memberi / memberikan salam ? memberi / memberikan nasihat ? memberi / memberikan peringatan ? memberi / memberikan taklimat ? dan lain-lain lagi. Ada jawapan dari kamus yang menyatakan bahawa "memberi taklimat" adalah betul, tetapi ada juga yang menyatakannya salah. Harap tuan dapat membantu saya dalam soalan-soalan yang dikemukakan. Terima kasih.Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti memberi adiknya sebuah buku cerita dan memberikan taklimat kepada peserta. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 dan 202.Tatabahasa16.10.2014
Manakah yang betul? 1.( memberi / memberikan) tunjuk ajar,ajaran, amaran, nasihat, prtkhidmatanPerkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah "memberikan nasihat/memberikan amaran dan sebagainya.Tatabahasa26.01.2014
memberikan + benda yang tak bernyawa / memberi + benda bernyawa kalau macam itu,memberikan makanan kepada ikan atau memberi makanan kepada ikanContoh ayat yang betul untuk perkataaan "memberikan" dan "memberi":

1.  Ali memberikan makanan kepada ikan (memberikan + benda tidak bernyawa (makanan))
2.  Ali memberi ikan makanan ( memberi + benda bernyawa (ikan)
Tatabahasa08.08.2016
Menurut jawapan pihak Tuan, perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Akan tetapi, berdasarkan penerangan di atas, saya hendak mengemukankan beberapa butir untuk ditelitikan. 1. Ali memberi adik (objek bernyawa) air. 2. Ali memberikan air (objek tak bernyawa) kepada adiknya. Dua ayat ini betul menurut penerangan di atas. 3. Ali memberi/memberikan anaknya (objek bernyawa) kepada keluarga itu. 4. Disebabkan miskin, Ali telah memberi/memberikan anak bongsunya (objek bernyawa) kepada jirannya. Bagaimana pula dengan dua ayat di atas? 4. Bos tidak memberi/memberikan gaji (objek tak bernyawa) bulan ini. 5. Cikgu sudah memberi/memberikan arahan (objek abstrak) kali kedua. 6. Nenek suka memberi/memberikan nasihat (objek abstrak). Harap Tuan dapat menjawab soalan saya dgn penerangan yg teliti. Setahu saya, mem...kan akan diikuti dengan kepada, manakala mem... itu sendiri tidak perlu. Contoh: 1. Dia memberikan kucingnya (objek bernyawa) kpd jirannya. 2. Dia tidak suka memberi nasihat. Adakah kedua-dua ayat di atas gramatis? Sekian terima kasih.

Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan makna:
(i) Memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Ia memberi anak-anaknya wang saku.
(ii) Memberikan - menyerahkan sesuatu kepada... Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya.

Maka, ayat yang betul ialah:
1. Ali memberi adik air.
2. Ali memberikan air kepada adiknya.
3. Ali menyerahkan anaknya kepada keluarga itu. (Kata menyerahkan lebih tepat dalam konteks ayat ini)
4. Disebabkan miskin, Ali telah menyerahnya anak bongsunya kepada jirannya. (Kata menyerahkan lebih tepat dalam konteks ayat ini)
4. Bos tidak memberikan gaji pada bulan ini.
5. Cikgu sudah memberikan arahan kali kedua kepada pelajar itu.
6. Nenek suka memberikan nasihat kepada cucu-cucunya.
Tatabahasa24.03.2015
Saya memberikan/memberi makanan kepada ikan-ikan?? Bagaimanakah penggunaan memberikan dan memberi??

Dalam Kamus, cukup terang diberikan makna memberi dan memberikan. Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan
(i) Memberi-menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Ia memberi anak-anaknya wang saku.
(ii) Memberikan- menyerahkan sesuatu kepada. Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya.

Maka, ayat yang betul ialah “Saya memberikan makanan kepada ikan-ikan”.
Tatabahasa18.03.2014
1. Ali memberi makanan kepada ikan. 2. Ali memberikan makanan kepada ikan. Ayat mana yang betul? Bagaimankah kita membezakan "memberi" dan "memberikan? Terima kasih
Ayat yagn betul ialah Ali memberikan makanan kepada ikan.
Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa.
Tatabahasa25.05.2014
Ayat manakah yang betul 1. Membaca banyak memberikan faedah kepada kita. 2. Membaca memberikan banyak faedah kepada kita. Tolong jelaskan,terima kasih.

Ayat 1- “banyak memberikan” ialah frasa kerja transitif (FKT) yang perlu diikuti oleh objek kata nama (faedah). Ayat ini gramatis kerana FKT yang berfungsi sebagai predikat betul. Kata kerja transitif (KKT) “memberikan” diikuti oleh kata nama “faedah” yang mematuhi hukum tatabahasa, iaitu KKT + FN (objek).

Ayat 2- “ memberikan banyak” tidak gramatis kerana tidak mengikut rumus KKT + FN (objek).  Kata “banyak” bukan kata nama yang boleh berfungsi sebagai objek kepada KKT (memberikan). Kata banyak  di sini ialah kata adjektif.

Walau bagaimanapun, mengikut pendapat Prof. Emeritus Nik Safiah Karim, “memberikan banyak” boleh digunakan kerana kata adjektif “banyak” dapat berfungsi sebagai kata nama. Oleh itu kedua-dua pilihan ayat yang dinyatakan boleh digunakan.    

Tatabahasa02.03.2018
Terdapat beberapa penyakit biologikal yang memberi/memberikan kesan kepada keupayaan seseorang. yang manakah betul memberi atau memberikan. terima kasih.Pemilihan kata yang betul dalam contoh ayat yang diberikan ialah perkataan memberikan. Contoh:

Terdapat beberapa penyakit biologikal yang memberikan kesan kepada keupayaan seseorang.
Tatabahasa11.11.2015
Contoh ayat : Kebaikan mengadakan pameran itu adalah untuk memberikan nsemangat kepada murid. Mengapakah perlu menambah "kan' pada istilah "memberikan" dan bukannya letak "memberi" sahaja.Kata memberikan hendaklah diikuti dengan kata nama objek yang tidak bernyawa. Manakala kata memberi pula diikuti dengan kata nama objek yang bernyawa. Contoh ayat: 1. Guru memberi Ali sebatang pen. 2. Guru memberikan taklimat kepada murid.Tatabahasa06.09.2021
12345678910...

Kembali ke atas