Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.ri.kan] | ممبريکن

Definisi : 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.ri.kan] | ممبريکن

Definisi : menyerahkan sesuatu kpd: Saya ~ buku itu kpd adik saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memberikan

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Mencurah air di daun keladi.

Bermaksud :

Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENTUHAN

Sentuhan ialah deria yang memberikan kita rasa

bersentuhan dengan sesuatu benda. Ia juga

dinamakan organ taktil. Melalui deria ini kita boleh

mengetahui bentuk dan kekerasan sesuatu benda.

Menyentuh sesuatu benda boleh menimbulkan

rasa panas, sejuk, sakit dan tekanan. Hujung saraf

bebas dalam tisu memberikan rasa sakit. Sentuhan,

kepanasan, kesejukan dan rasa sakit juga

dinamakan deria kulit .

UMUM 
PIGMEN

Pigmen ialah sejenis bahan berwarna

dalam bentuk serbuk, yang memberikan warna

kepada bahan lain. Ini dilakukan dengan

mencampurkannya dengan bahan itu atau

menyapu satu lapisan nipis pada permukaan bahan

itu. Pigmen tidak larut tetapi kekal terampai dalam

cecair apabila ia dicampurkan atau dikisar dalam

cecair untuk membentuk cat. Bahan berwarna yang

larut dalam cecair dan memberikan kesan

warnanya dinamakan pencelup. Pelbagai kaedah

mengecat berbeza daripada satu sama lain pada

bahan yang disapu dengan warna tersebut. Tetapi

pigmen yang digunakan adalah sama dalam semua

jenis.

UMUM 
AYAT PENYATA

Ayat penyata ialah ayat yang memberikan maklumat, menyatakan fakta atau memberikan jawapan.

BAHASAKonsep
NEPOTISME

Nepotisme ialah amalan memberikan kedudukan

yang penting dalam politik atau perniagaan kepada

ahli keluarga sendiri. Perkataan nepotisme berasal

daripada perkataan Latin, nephew.

UMUM 
PEJABAT KARANG MENGARANGInstitusi yang banyak memberikan sumbangan terhadap perkembangan pelajaran persekolahan Melayu.SASTERAInstitusi/Organisasi
GALILEI, GALILEOAhli sains Itali yang telah memberikan sumbangan besar dalam bidang astronomi dan fizik.FIZIKTokoh
TAULIAH TENTERA

Tauliah tentera ialah perintah bertulis yang

memberikan pangkat kepada seseorang pegawai

dalam perkhidmatan tentera. Seseorang pegawai

menerima tauliah secara sukarela, dan ia tidak perlu

diperbaharui. Istilah in commission apabila

digunakan pula merujuk kepada kapal atau kapal

terbang membawa maksud kapal atau kapal terbang

telah bersedia untuk bertempur.

UMUM 
PERJANJIAN CLAYTON-BULWER

Perjanjian Clayton-Bulwer perjanjian yang

ditandatangani oleh Amerika Syarikat dan Great

Britain pada tahun 1850, yang memberikan kedua-

dua buah negara hak yang sama bagi melindungi

suatu terusan yang akan dibina melalui Amerika

Tengah. Kedua-dua negara bersetuju untuk

mengekalkan keberkecualian terusan itu dan

kawasan di kedua-dua belah tebingnya. Perjanjian

tersebut mengambil sempena nama John M.

Clayton, setiausaha negara Amerika, dan Sir Henry

Bulwer (1801–1872), duta British ke Amerika Syarikat.

Perjanjian tersebut tidak mendapat sambutan di

Amerika Syarikat. Pada tahun 1901, Perjanjian Hay-

Pauncefote menggantikan Perjanjian Clayton-

Bulwer. Perjanjian tersebut memberikan hak kepada

Amerika Syarikat untuk membina dan menguruskan

terusan tersebut.

UMUM 
PERSPEKTIF

Perspektif ialah satu teknik yang digunakan oleh

artis untuk memberikan ilusi kedalaman dan jarak

kepada sebuah gambar. Apabila diperhatikan

sebuah gambar yang dibuat dalam perspektif,

pemerhati mempunyai tanggapan bahawa mereka

sedang melihat melalui sebuah jendela. Tepi

gambar itu menjadi “bingkai jendela.”

Pemandangan itu nampaknya menghilang di

kejauhan dari satu tempat yang tetap di sebelah

jendela pemerhati.

UMUM 
PERABOT

Perabot terdiri daripada kerusi, meja, katil, dan

kelengkapan lain yang memberikan keselesaan dan

kemudahan di dalam rumah, sekolah, dan pejabat

kita. Kita berehat di atas kerusi dan kerusi panjang,

dan menyimpan pelbagai barang di dalam peti,

kabinet dapur, dan almari buku. Meja tulis

menyediakan tempat untuk menelaah dan

membuat kerja-kerja menulis. Sesetengah set

televisyen dan sistem hi-fi mempunyai kabinet

yang menarik, dan oleh kerana itu, ia juga

dianggap sebagai perabot. Piano merupakan

sejenis perabot yang menarik di kebanyakan

rumah.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas