Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ber.ka.ti] | ممبرکتي

Definisi : memberi sempena (rahmat, restu): semoga engkau diberkati Tuhan dlm penghidupanmu; sami itu ~ mereka dgn membaca mantera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ber.ka.ti] | ممبرکتي

Definisi : 1 memberi berkat atau rahmat kpd: Moga-moga Allah ~ usaha kita yg mulia ini. 2 mendatangkan kebaikan atau keuntungan kpd; memberi berkat kpd: Tidak berguna kita menyimpan harta curian kerana itu tidak akan ~ kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memberkati


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
As salam Tuan, Apakah kesan dan tindakan yang akan dihadapi sekiranya seseorang / syarikat itu mewujudkan istilah / perkataan yang tidak terdapat dalam rujukan DBP ataupun yang tidak pernah disahkan oleh DBP? Apakah yang seharusnya dilakukan untuk menyelasikan masalah begini dalam usaha menghapuskan pengunaan jargon kejuruteraan yang tidak bersesuaian? Terima kasih semoga Allah swt memberkati usaha kita.Tuan boleh menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi di DBP untuk mendapatkan cadangan istilah yang sesuai atau mengemukakan istilah yang telah dicadangkan kepada mereka untuk dibawa kepada Jawatankuasa Istilah Semasa. Pihak DBP sentiasa mengalukan-alukan cadangan istilah baharu daripada pihak luar untuk menambah istilah dalam pangkalan data.Istilah03.09.2012
Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam. Semoga anda semua mendapat rahmat dan hidayah daripadaNya. Bukanlah saya bertujuan untuk meminta pendapat, tetapi lebih kepada memberikan pandangan saya. Apalah kiranya pihak tuan berusaha untuk memastikan segala laman carian (website) seperti "Yahoo", "Google" dan lain-lain menggunakan Bahasa Melayu. Telah saya rujukkan kepada SKMM, dan jawapan hampa mengatakan mereka tiada kuasa untuk itu. Bukan berkenaan kuasa, tetapi usaha sepatutnya dilakukan. Bukankah lebih tegas nampaknya jika jabatan kerajaan yang menekan mereka berbanding seorang individu sahaja, kerana sesebuah kementerian itu sepatutnya mewakili semua rakyat. Mungkin pihak tuan telah pun menjalankan sesuatu, dan saya harap usaha itu akan berterusan supaya dapatlah kita menyatukan rakyat melalui bahasa, seperti yang terjadi di negara-negara lain dan usaha itu perlu dilakukan daripada sekecil-kecil perkara. Semoga Allah memberkati usaha anda semua. Sekian.

Maklum dan terima kasih atas pandangan tuan. 

 

 

Lain-lain11.11.2010

Kembali ke atas