Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ber.sih.kan] | ممبرسيهکن

Definisi : 1. menjadikan sesuatu bersih (dgn cara membasuh, menyapu, dll): ~ longkang; ~ sayur-sayuran sebelum dimasak; 2. menjadikan bersih (drpd sifat-sifat keji, tidak baik), menyucikan: ~ diri drpd segala dosa; 3. ki menjadikan bersih (bebas drpd anasir yg tidak dikehendaki), membebaskan: ~ jabatan-jabatan kerajaan drpd amalan rasuah; ~ bandar itu drpd sarang kongsi gelap; 4. menghapuskan anggapan (tuduhan dll) yg tidak baik pd diri seseorang: ~ nama yg tercemar oleh fitnah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ber.sih.kan] | ممبرسيهکن

Definisi : membasuh supaya bersih; mencuci (menyapu, mengemas dsb) supaya bersih: Pagi-pagi lagi ia sudah bangun dan terus ~ biliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membersihkan

Peribahasa

Busuk daging dikincah,
     dimakan;
busuk ikan,
     dibuang.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun kejahatan saudara atau keluarga itu, tiada sampai hati menyalahkannya seperti kita menyalahkan orang lain. kincah = mengirai cucian dalam air, membersihkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
purged his contemptmembersihkan penghinaannyaUndang-undangTiadaTiada
demanganizationpenyahmangganamanKejuruteraanTiadaProses membersihkan air dengan anion dan kation dibuang secara berasingan melalui penyerapan dalam bahan tukar sintetik, menjadikan air bebas daripada garam terlarut.
wipelapPentadbiran PerniagaanTiadaMembersihkan atau mengeringkan sesuatu dengan kain, kertas dan lain-lain.
notice to clear lines for surveynotis supaya membersihkan garisan untuk ukurUndang-undangTiadaTiada
boot-toppingbutopingPelayaranTiadaProses membersihkan lambung kapal pada takat garis air dan menyalutnya dengan cat cegah tumbuhan.
scrapekikisPerubatanTiada1. kikis: Membersihkan dan melicinkan dengan benda tajam, seperti dalam pembuangan karies.
blast cleaningpembersihan bagasPelayaranTiadaProses membersihkan permukaan keluli dengan menyembur butir atau pasir pada halaju tinggi.
bilge cleaningpembersihan bilgaPelayaranTiadaProses membersihkan bilga kapal dari kekotoran yang mengalir dari ruang kargo atau enjin.
crumbingpembersihan remahPentadbiran PerniagaanTiadaProses membersihkan cebisan makanan atau remah selepas hidangan utama dan sebelum desert disajikan.
tooth brushingpemberusan gigiPerubatanTiadaProses membersihkan gigi menggunakan berus gigi dan ubat gigi.
12345678910...

Kembali ke atas