Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.sar.kan] | ممبسرکن

Definisi : 1. menjadikan besar, menyebabkan menjadi besar: lubang ini dapat dibesarkan dan dikecilkan; 2. memelihara (mengasuh) hingga menjadi besar (anak dll): ayahku dibesarkan di Melaka; 3. menganggap tinggi (penting dll); 4. meluaskan: ~ tanah jajahan; ~ jurang perbezaan antara miskin dan kaya; 5. menambah bilangan ahli (anggota dlm sesuatu pertubuhan, badan, pasukan, dsb): ~ pasukan tentera; 6. memandang tinggi (mulia) terhadap seseorang, memuliakan: ~ Nabi Muhammad SAW; ~ api menambah besar nyala api; ~ diri bercakap membangga-banggakan diri, meninggi diri; ~ hati menggalakkan hati, menggembirakan hati, membanggakan; ~ lampu menambah besar nyala lampu; ~ mata membelalakkan mata, membuka mata besar-besar; ~ modal menambah modal; ~ semangat memberanikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.sar.kan] | ممبسرکن

Definisi : 1 menyebabkan menjadi besar: Dia sedang ~ rumahnya. 2 menjaga atau memelihara hingga menjadi besar: Kita hendaklah sentiasa menghormati kedua-dua ibu bapa kita yg telah bersusah payah ~ kita. 3 menganggap penting atau tinggi: Jika kita suka ~ diri, kita akan dibenci orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membesarkan

Peribahasa

Tiada membesarkan air.

Bermaksud :

Tidak dapat menolong famili yang susah kerana diri sendiri tidak kecukupan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ibu sering menasihatkan saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.. betul atau tidak penggunaan menasihatkan dalam ayat???sangat mengelirukan!!!!!mohon pencerahan yg mendalam...Kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna.

Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. 

a. Ibu sering menasihatkan saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.
b. Ibu sering menasihati saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.

Selain itu, fungsi apitan meN-...-kan adalah untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. 

Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu.
Tatabahasa09.09.2013
Susah senangnya membesarkan anak-anaknya selama ini mula memperlihatkan hasil apabila anak sulungnya berjaya menjadi jurutera. yang manakah kesalahan tatabahasanya? "susah senangnya" atau "memperlihatkan"? jika salah, apakah perkataan yang sepatutnya digunakan. terima kasih.susah senang dan memperlihatkan, kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat ini cuma dibuang "nya" pada susahsenangnya. Susah senang membesarkan anak-anaknya selama ini mula memperlihatkan hasil apabila anak sulungnya berjaya menjadi jurutera.  Tatabahasa18.07.2008
Bolehkah pihak Tuan cadangkan peribahasa yang sesuai dengan maksud merujuk kepada suatu situasi di mana keindahan dalam kehidupan sesebuah keluarga itu datang selepas menempuh cabaran atau dugaan membesarkan anak yang mengalami masalah kesihatan. Peribahasa bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian kurang sesuai sebab ia bukan situasi susah ke senang. Sebaliknya lebih kepad kepayahan membesarkan anak yang sakit dan satu masa anak itu menunjukkan satu sinar yang membanggakan. Terima kasih atas kerjasama dan bantuan pihak Tuan.
Cadangan peribahasa yang sesuai ialah "Seperti pohon bambu (= buluh) ditiup angin" yang bermaksud Sanggup menderita kesusahan dengan sabar, dan apabila kesusahan telah berlalu, menegakkan kepalanya semula.

Selain itu juga, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari https://prpm.dbp.gov.my/ dan masukkan kata kunci yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". 


Lain-lain31.05.2021
tuan, mak ngah terpaksa bekerja keras kerana ________tanggungjawab membesarkan anak-anak selepas kematian suaminya. A menanggung B mendukung C memikul D memangku (tuan, kamus menyatakan maksud memangku ialah 4 memegang sesuatu jawatan; memikul tanggungjawab: .. maka adakah jawaban memangku sesuai digunakan dalam ayat ini? TQ)jawapan memangku tidak sesuai digunakan bagi soalan di atas dan jawapan yang memberi makna yang betul ialah memikul.Tatabahasa22.08.2011
Puan, Salam sejahtera. Sila semak penggunaan "tanda" dan "susah senangnya" dalam ayat-ayat yang berikut : "Perbanyakkanlah amalan pada bulan Ramadan sebagai tanda kita memuliakan bulan yang penuh berkat itu," kata Ustaz Monir. Susah senangnya membesarkan anak-anaknya selama ini mula memperlihatkan hasil apabila anak sulungnya berjaya menjadi jurutera. Ribuan terima kasih."Perbanyakkanlah amalan pada bulan Ramadan sebagai tanda kita memuliakan bulan yang penuh berkat itu," kata Ustaz Monir.


Susah senang membesarkan anak-anaknya selama ini mula memperlihatkan hasil apabila anak sulungnya berjaya menjadi jurutera
Tatabahasa14.01.2013
Saya soem salroh belajar bahasa melayu saya ingin bertanya tentang apakah makna meningkatkan?Meningkatkan bermaksud meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebatMakna11.11.2015
Assalamualaikum. Soalan saya, apakah terjemahan yang tepat bagi 'bullet points'? Contoh ayat: Hasil daripada kajian rintis ini pengkaji hanya perlu menambah prompts dalam bentuk bullet points pada soalan 'bagaimanakah anda membesarkan anak autisme?'.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "bullet point" ialah simbol tanda peluru Makna13.07.2021
Breast Pump ialah pam susu atau pam payudara?Kedua-dua istilah tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat.  Jika untuk tujuan memerah susu disebut pam susu, tetapi jika untuk tujuan membesarkan payu dara disebut pam payu dara.  Terima kasih.Istilah12.12.2014
1.Mengapakah kata 'Peningkatan harga' boleh digunakan, tetapi kata 'meningkatkan harga' tidak boleh digunakan dalam pembinaan ayat?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "meningkatkan" bermaksud
meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat (daya usaha).Manakala "peningkatan" bermaksud 'perbuatan meningkatkan". Oleh itu, ayat yang sesuai ialah "peningkatan harga", bukan "meningkatkan harga" (boleh diganti dengan "menaikkan harga").
Tatabahasa28.02.2015
Pilihan yang manakah yang menggunakan imbuhan meN-...-kan yang membawa makna benefaktif? A Tingkah lakunya di majlis itu memalukan ahli keluarganya. B Nenek membelikan cucu kesayangannya motosikal baharu. C Pak Mahmud tetap dengan keputudannys untuk membesarkan rumahnya. D Semua jemaah haji itu akan menaiki kapal terbang pada pukul 2.45 petang.Ayat yang membawa makna benefaktif atau memberi manfaat ialah "Nenek membelikan cucu kesayangannya motosikal baharu."Tatabahasa17.10.2013
123

Kembali ke atas