Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.tul.kan] | ممبتولکن

Definisi : 1. membaiki (kerosakan, kesalahan, dll): ia ~ duduknya; ~ ejaan yg salah; ~ jam tangannya; 2. membenarkan, menganggap betul: pembunuh itu ~ segala tuduhan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.tul.kan] | ممبتولکن

Definisi : 1 menjadikan betul; membaiki apa-apa yg rosak: Pekerja-pekerja sedang ~ jalan-jalan yg rosak. 2 menganggap betul; mengiakan: Ia senantiasa ~ apa-apa yg dikatakan oleh sahabatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membetulkan

Peribahasa

Bersihkan halaman sendiri dulu,
     baru bersihkan halaman orang.

Bermaksud :

Betulkan diri sendiri dulu baru boleh membetulkan diri orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORTODONTIK

Ortodontik merupakan satu cabang bidang

pergigian yang mencegah dan membetulkan

kedudukan gigi yang tidak tersusun. Selain

mencacatkan penampilan diri, kedudukan gigi yang

tidak tersusun sukar dibersihkan. Oleh itu, gigi

lebih mudah rosak dan menyebabkan penyakit gusi

[lihat Gigi (Penyakit Periodontal)]. Ia juga

menyebabkan masalah kunyahan dan pertuturan.

UMUM 
PERGIGIAN

Pergigian ialah seni dan sains mendiagnosis,

merawat, dan mencegah penyakit-penyakit gigi,

rahang, dan tisu lembut di sekeliling mulut. Doktor

pergigian menjaga pesakit mereka dalam banyak

cara, terutamanya melalui kemahiran mereka

mengenal, membetulkan, dan mencegah masalah

gigi dan tisu yang menyokong gigi. Doktor

pergigian juga boleh mengambil peranan sebagai

ahli kesihatan pergigian. Misalnya, mereka boleh

mencadangkan cara yang betul untuk memberus

gigi supaya gigi sihat.

UMUM 
TERAPI PERTUTURAN

Terapi pertuturan ialah rawatan masalah dan

gangguan pertuturan. Pakar dalam profesion terapi

pertuturan berusaha untuk membantu kanak-kanak

dan orang dewasa yang pertuturannya

mengganggu komunikasi, menuntut perhatian, dan

mengecewakan kedua-dua penutur dan pendengar.

Pakar ini, yang dikenali sebagai ahli terapi

pertuturan, menilai dan membetulkan pertuturan

cacat dan mengajar kemahiran bertutur yang baru.

Bidang terapi pertuturan sering dinamakan patologi

pertuturan, dan ahli terapi pertuturan kadangkala

dikenali juga sebagai ahli patologi pertuturan

bahasa, atau klinisian pertuturan.

UMUM 
OPTOMETRI

Optometri ialah profesion yang berkaitan

dengan penjagaan penglihatan. Ahli optometri

memeriksa kesihatan mata dan penglihatan.

Mereka mendiagnosis masalah penglihatan yang

menjejaskan keupayaan seseorang untuk melihat

objek yang dekat dan jauh dengan jelas dan untuk

mengagak jarak. Mereka juga menguji keupayaan

mata untuk bekerja bersama dan untuk mengubah

fokus dengan mudah. Ahli optometri

mempreskripsikan kaca mata dan kanta sentuh

untuk membetulkan penglihatan yang rosak.

Mereka juga boleh mengesyorkan program terapi

penglihatan untuk membantu seseorang

mengatasi masalah penglihatan tertentu. Jika ahli

optometri mendiagnosis gejala yang

menunjukkan penyakit pada mata atau mana-mana

bahagian badan yang lain, orang berkenaan

dirujuk kepada doktor.

UMUM 

Kembali ke atas