Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bé.za] | ممبيذا

Definisi : mengkhusus dr segi bentuk, ciri atau fungsi (bkn sel); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membeza


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
discriminatemembeza layanFizikTiadaTiada
analplasiaanaplasiaPerubatanTiadaKetidakupayaan sel untuk membeza. Dalam keadaan begini, susunan asal sel terubah, dan akibatnya fungsi tisu terjejas. Keadaan ini merupakan salah satu ciri tumor.
blastocyteblastositPerubatanTiadaSel embrio yang belum bagi membeza.
chordoblastomakordoblastomaPerubatanTiadaTumor yang selnya cenderung untuk membeza menjadi sel seperti sel notokorda.
ageismdiskriminasi umurKejururawatanTiadaSikap atau perilaku yang membeza-bezakan individu kerana umurnya.
racial discriminationdiskriminasi rasUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan membeza-bezakan individu atau kumpulan individu yang lain kerana prasangka terhadap ciri fizikal, budaya, bahasa dan agama individu atau kumpulan individu tersebut. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, peruntukan undang-undang mengenai diskriminasi ras terkandung dalam Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Ras 1965. Konvensyen tersebut mentakrifkan diskriminasi ras sebagai pembezaan, pengecualian, kekangan atau tindakan memberi kelebihan kerana ras, warna, keturunan atau asal-usul dengan tujuan atau kesan yang menidakkan atau mencacatkan pengiktirafan, penikmatan dan pelaksanaan hak dan kebebasan asasi dalam aspek politik, ekonomi, sosial, budaya dan kehidupan awam lain secara saksama. Walau bagaimanapun, konvensyen ini tidak terpakai kepada perbezaan layanan yang diberikan antara warganegara dan bukan warganegara. Diskriminasi ras juga tidak mencakupi langkah khas yang memberikan kelebihan kepada ras atau etnik tertentu yang memerlukan perlindungan sewajarnya bagi membolehkan mereka menikmati hak dan kebebasan asasi. Konvensyen 1965 ini mewajibkan negara ahli mengecam dan berjanji untuk membuat polisi yang menghapuskan segala bentuk diskriminasi ras.
thallustalusBiologiHistologi dan SitologiJasad tumbuh-tumbuhan yang tidak membeza menjadi daun dan batang; mungkin berupa sel tunggal, filamen sel atau struktur multisel yang bercabang kompleks, dan apabila berkeadaan sedemikian, akar tidak wujud. Contohnya, jasad vegetatif talofit dan sesetengah lumut hati.
myeloblastmieloblasBiologiHistologi dan SitologiSel limfa bukan granul yang tak membeza dant erdapat pada sumsum tulang.limfomielosit; mikroleukoblas.
ground meristemmesistem asasBotaniTiadaBahagian tengah meristem apeks yang kemudiannya membeza dan membentuk tisu asas. Lihat juga meristem apeks, tisu asas.
protodermprotodermaBotaniTiadaBahagian meristem apeks yang paling luar, yang kemudian membeza dan membentuk epidermis. Bandingkan prokambium.
123

Kembali ke atas