Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bé.za.kan] | ممبيذاکن

Definisi : 1. menunjukkan atau menyatakan apa yg berbeza antara beberapa perkara: tahu ~ yg buruk drpd yg baik; 2. mengesan perbezaan yg terdapat antara dua atau beberapa perkara, mengenali: pd waktu malam, dia tidak dapat ~ warna hijau dgn warna biru; tidak dapat ~ yg mana karya asli dan yg mana karya tiruan; 3. = membeza-bezakan memberi layanan yg tidak sama antara satu sama yg lain: dia tidak pernah ~ kasih sayangnya terhadap anak-anaknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bé.za.kan] | ممبيذاکن

Definisi : 1 menyatakan ada bezanya; menunjukkan bezanya: Dia sudah dpt ~ yg baik drpd yg buruk. 2 memberikan layanan yg tidak sama: Kita seharusnya dpt ~ tugas rasmi drpd tugas peribadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membezakan

Peribahasa

Tidak tentu kalang tumpuan,
     tidak tentu kalang batang.

Bermaksud :

Orang yang sedang marah, tidak membezakan orang, melainkan semua dimarahinya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat manakah yang betul? A) Ali tidak dapat membezakan antara perkara yang betul dan salah. B) Ali tidak dapat membezakan antara perkara yang betul dengan perkara yang salah.Ayat yang betul ialah Ali tidak dapat membezakan antara perkara yang betul dengan perkara yang salah. Tatabahasa23.05.2011
Yang manakah betul? 1. Murid-murid itu diajarkan cara membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil. 2. Murid-murid itu diajar cara membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil.Ayat yang betul ialah Murid-murid itu diajar cara membezakan antara huruf besar dan huruf kecil. Tatabahasa21.05.2022
bagaimanakah membezakan kata sendi nama dengan kata hubung? kesemuanya hampir sama

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Contohnya, di, bagi, ke, dari, demi, untuk, kepada, dan dengan. Kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubungpancangan. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 251-254 dan 497-519.

Tatabahasa24.04.2019
bagaimana membezakan penjodoh bilangan cekak dan gemal? Contoh ayat: Lily membeli (secekak/segemal) lidi di pasar pagi.Berdasarkan makna kata, gemal juga merujuk ukuran berasaskan cekak. Oleh itu, penggunaannya boleh bersilih ganti.Tatabahasa07.03.2019
Bagaimana membezakan "antara...dengan" dan "antara...dan"? Yang mana betul: 1)Perbezaan antara kes yang tertinggi dan terendah 2)Perbezaan antara kes yang tertinggi dengan terendah Saya rujuk khidmat nasihat dbp yang ditanya oleh orang lain, jawapan yang dibagi :'antara 1 dan 200' merupakan penggunaan yang tepat.Berdasarkan contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah  2)Perbezaan antara kes yang tertinggi dengan terendah.  Perkataan "antara...dengan" biasanya menunjukkan perbandingan.Tatabahasa18.03.2015
Bagaimana membezakan penggunaan kata sendi nama 'di' dan 'pada' untuk benda atau tempat"di" ialah kata sendi nama yang menunjukkan tempat dll. Contoh "di rumah", "di sekolah" dan lain-lain. Manakala "pada" pula ialah ialah kata sendi nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Contohnya "pada peringkat", "pada hari raya" dan lain-lain.Makna25.02.2015
bagaimanakah membezakan penggunaan dan & serta?Merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima (Asmah Hj Omar), perkataan serta mendukung makna "dan pada waktu itu". Di sini kita lihat bahawa serta mempunyai kompenan makna +dan, +waktu. Jadi, kata depan ini mempunyai persamaan dengan dan dalam erti kata salah satu kompenan maknanya ialah +dan, tetapi berbeza dengan dan kerana dan tidak mempunyai kompenan +waktu.
Contoh: Dia memberi salam serta menjemput kami masuk.
Tatabahasa08.03.2013
bagaimanakah membezakan penggunaan kata hubung (dan) dengan (serta)?Penggunaan kata hubung "dan" dan "serta" berdasarkan makna yang terakam dalam kamus. Kata dan digunakan apabila menyambung dua perkataan atau ayat, manakala kata serta digunakan bagi menggantikan maksud dan juga.Tatabahasa07.03.2013
Bagi membezakan Nama Pejabat Keselamatan adakah sesuai nama seperti berikut:- Pejabat:- -Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. -Pejabat Sekuriti. Jawatan:- -Pengarah Keselamatan. -Pengarah Sekuriti.Frasa Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, Pejabat Sekuriti, Pengarah Keselamatan dan Pengarah Sekuriti kesemuanya betul.Tatabahasa06.12.2012
Bagaimana membezakan antara Kata Kerja Transitif berimbuhan meN... dengan kata kerja transitif berimbuhan meN.......kan?.Tolong jelaskan.Kata kerja yang terbentuk daripada awalan meN- ialah kata kerja yang mendukung maksud melakukan sesuatu. Penggunaan kata kerja dengan awalan meN- boleh menerbitkan dua makna, iaitu sama ada melakukan perbuatan atau menyatakan keadaan. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan men-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar, maksud kausatif atau menyebabkan dan maksud benefaktif atau manfaat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa DewanTatabahasa06.04.2012
12345678910...

Kembali ke atas