Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bé.za.kan] | ممبيذاکن

Definisi : 1. menunjukkan atau menyatakan apa yg berbeza antara beberapa perkara: tahu ~ yg buruk drpd yg baik; 2. mengesan perbezaan yg terdapat antara dua atau beberapa perkara, mengenali: pd waktu malam, dia tidak dapat ~ warna hijau dgn warna biru; tidak dapat ~ yg mana karya asli dan yg mana karya tiruan; 3. = membeza-bezakan memberi layanan yg tidak sama antara satu sama yg lain: dia tidak pernah ~ kasih sayangnya terhadap anak-anaknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bé.za.kan] | ممبيذاکن

Definisi : 1 menyatakan ada bezanya; menunjukkan bezanya: Dia sudah dpt ~ yg baik drpd yg buruk. 2 memberikan layanan yg tidak sama: Kita seharusnya dpt ~ tugas rasmi drpd tugas peribadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membezakan

Peribahasa

Tidak tentu kalang tumpuan,
     tidak tentu kalang batang.

Bermaksud :

Orang yang sedang marah, tidak membezakan orang, melainkan semua dimarahinya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
discriminating powerkuasa pembezaPsikologiPsikologi UmumKemampuan suatu butiran untuk membezakan dua kumpulan kriteria. Contohnya, dalam mengukur ciri-ciri neurotik, kuasa pembeza alat ujian yang digunakan boleh membezakan kelompok neurotik daripada kelompok normal. Kuasa pembeza juga merujuk kepada kuasa sesuatu ujian untuk membezakan dua kelompok subjek dalam satu dimensi yang diukur.
discrimination of stimulidiskriminasi rangsanganPsikologiPsikologi UmumProses untuk melazimkan haiwan supaya dapat membezakan dua atau lebih rangsangan. Contohnya, haiwan dilatih untuk membezakan rangsangan yang mempunyai peneguhan atau mengelakkan dendaan.
differentiatemembezakanFizikTiadaTiada
differentiatemembezakanMatematikTiadaTiada
Plato�s cavegua PlatoKesusasteraanTiadaAlegori gua yang membezakan antara realiti dengan bayangan. Alegori gua yang terkenal ditulis oleh Plato dalam karyanya The Republic (Buku VII). Dalam alegori tersebut, ada beberapa orang yang diikat dengan rantai sambil menghadap dinding. Api yang menyala di belakang mereka memantulkan bayang-bayang pada dinding. Bayang-bayang ini dianggap sebagai objek sebenar atau realiti. Orang yang berjaya keluar daripada gua dan melihat dunia sebenar cuba meyakinkan penghuni gua tersebut bahawa apa yang dilihat hanyalah bayangan realiti. Akan tetapi, percubaan ini gagal. Alegori ini menerangkan perbezaan antara objek yang kelihatan dengan objek yang sebenar. Alegori merujuk kepada perihal kehidupan manusia di dunia iaitu bayang-bayang sering dianggap realiti. Alegori ini memberikan inspirasi kepada pembaca sastera untuk membezakan antara makna harfiah sesebuah teks dengan makna sebenar yang tersembunyi.
erythrochloropiaeritrokloropiaPerubatanTiadaKebolehan untuk membezakan di antara warna merah dan hijau, tetapi bukan biru atau kuning.
moralitykemoralanPendidikanTiadaPrinsip yang membezakan tingkah laku yang baik atau buruk.
analysisanalisisKesusasteraanTiadaProses yang membezakan dan membuat huraian tentang pengertian unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya.
colour blindnessbuta warnaBiologiGenetikKetidakupayaan membezakan sesetengah warna.
colour blindnessbuta warnaKimiaTiadaKetidakupayaan membezakan sesetengah warna.
12345678910...

Kembali ke atas