Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bia/] | ممبياق

Definisi : menjadi semakin banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb), berkembang biak: ayam jenis itu ~ dgn cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bia/] | ممبياق

Definisi : bertambah-tambah menjadi banyak kerana anaknya beranak lagi dan seterusnya; menjadi makin banyak: Apabila seekor nyamuk betina yg di dlmnya ada kuman malaria menghisap darah seseorang, kuman itu akan hidup dan ~ dlm badannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membiak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
virusvirusAIDSTiadaSekumpulan agen penyakit yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan juga mikroskop cahaya. Agen penyakit ini memerlukan perumah untuk membiak dan tidak boleh membiak dengan sendiri. Bahan genetiknya hanya terdiri daripada RNA atau DNA, dan tidak boleh
agametagameteBiologiGenetikSel haploid membiak sendiri yang dihasilkan daripada meiosis dalam agamon. Agamet tersebar dan membiak menjadi gamon.
demedemeBiologiEkologiKumpulan kecil haiwan yang saling membiak dalam satu populasi, dan tidak membiak dengan kumpulan kecil yang lain dalam populasi yang telah terasing. Deme juga dikenali sebagai populasi tempatan.
fecundityfekunditiPerubatanTiadaKeupayaan spesies untuk membiak dengan cepat dan banyak. Dalam demografi, istilah ini juga mencakupi keupayaan populasi membiak dari segi fisiologi, bukan dari segi kesuburan individu semata-mata.
speciesspesiesBiologiEkologiTakson atau sesuatu unit taksonomi selepas genus, yang digunakan dalam pengelasan organisma hidup. Takson ini merangkumi sekumpulan individu yang berkait rapat, dan mempunyai kebanyakan ciri yang sama, serta berupaya untuk saling membiak, tetapi tidak boleh membiak dengan kumpulan lain
r strategystrategi rBiologiEkologiOrganisma yang mempunyai pertumbuhan yang cepat, kadar pertambahan yang tinggi, membiak pada umur yang muda, membiak sekali, saiz badan kecil, dan mempunyai jangka hayat yang pendek, biasanya kurang daripada setahun.
catadromous fishikan katadromiSains MarinTiadaIkan yang bermigrasi dari ekosistem air tawar ke laut untuk membiak. Ikan katadromi menetas di laut, tetapi hidup dan membesar di kawasan air tawar dan hanya kembali semula ke laut untuk membiak. Contohnya, belut. Banding ikan anadromi.
anadromous fishikan anadromiSains MarinTiadaIkan yang bermigrasi dari laut ke ekosistem air tawar untuk membiak. Ikan anadromi menetas di kawasan air tawar, tetapi membesar dan menghabiskan usianya di lautan, dan kembali ke habitat air tawar untuk membiak. Contohnya, ikan salmon, sturgeon, bass dan lain-lain. Banding ikan katadromi.
breeding truemembiak tulenBiologiGenetikMenghasilkan anak yang berfenotip dan bergenotip sama dengan induk.
reproductive integritypaduan membiakFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas