Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bia/.kan] | ممبياقکن

Definisi : membuat supaya menjadi biak: dia bermaksud hendak ~ ayam itu dlm reban ini; air yg bertakung akan ~ nyamuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bia/.kan] | ممبياقکن

Definisi : memelihara atau menjaga supaya biak; menyebabkan menjadi biak: Usahanya hendak ~ sapi di negara ini belum berhasil lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membiakkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENTERNAKAN KHINZIR MENGIKUT BAHASA KAMUS DEWAN BAHASA?

PENTERNAKAN : perihal memelihara dan membiakkan binatang, pemeliharaan dan pembiakan binatang; KHINZIR : babi.

Makna03.02.2009
Adakah tepat jika penggunaan istilah berikut dalam penulisan Bahasa Melayu jika istilah asal bahasa Inggeris adalah seperti berikut :- a. petshop premis - premis kedai haiwan kesayangan b. boarding premis - premis penjagaan haiwan ( istilah ini dirujuk kepada 'boarding premis' yang digunakan untuk menempatkan haiwan kesayangan sementara seperti masa pemilik haiwan kesayangan pergi bercuti dan sebagainya. c. breeding premis - premis pembakaan ( juga merujuk kepada 'breeding premis' untuk membiakkan haiwan kesayangan Sekian terima kasihSoalah saudara akan diajukan kepada Bahagian Peristilahan.  Jawapan akan diberi melalui e-mel dan mungkin mengambil masa sedikit.Penyemakan dan penterjemahan29.08.2014

Kembali ke atas