Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bi.ca.ra.kan] | ممبيچاراکن

Definisi : 1. mempercakapkan, memperkatakan, membincangkan: akan terbit pula sebuah buku yg ~ novel-novel sebelum perang; 2. mengadili sesuatu perkara di mahkamah: perkara itu harus diadukan kpd polis dan dibicarakan di mahkamah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bi.ca.ra.kan] | ممبيچاراکن

Definisi : 1 memberikan pendapat ttg sesuatu; membincangkan: Sebuah buku yg ~ sejarah perkamusan Melayu akan diterbitkan tidak lama lagi. 2 mendengar serta mengadili sesuatu perkara dlm mahkamah: Tuan Hakim telah ~ kes pembunuhan itu dgn adilnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membicarakan

Peribahasa

Adat di atas tumbuh,
     pusaka di atas tempat.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berikan 5 contoh ayat dalam frasa membicarakan tentang dalam berita harian dalam bulan september 2010.TK.

Sila rujuk akhbar Berita Harian bulan September 2010 untuk tujuan ini.

Lain-lain30.09.2010
Mat Nasir SUN 8:28AM Mat Nasir Mat Assalamualaikum. Saya masih mencari buku yang membicarakan tentang bahasa rojak. Atau memang masih tiada. Jika begitu mohon terbitkan segera buku tentang bahasa rojak ini utk tatapan awam. Agar 'bahasa nasional' ini dapat dihindari...Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasihLain-lain25.09.2016
permulaan ayat membuat karangan, perkataan mana yang tidak boleh digunakan?Tidak ada satu terbitan khusus yang membicarakan tentang perkataan yang tidak boleh ada pada pangkal ayat. Untuk menghasilkan binaan ayat yang baik sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, lihat Bab Ayat. Ayat mengandungi subjek dan predikat dan dalam bentuk ayat biasa subjek berada di pangkal ayat. Subjek terdiri daripada Kata Nama/Frasa Nama. Oleh itu, semua kata nama boleh menjadi subjek atau dan berada pada pangkal ayat. Dan penanda wacana juga boleh berada pada pangkal ayat.Tatabahasa23.09.2012
Hi Tuan / Puan, Apakah pembezaan antara membincang dengan berbincang? Terima Kasih.Menurut Kamus Dewan Perdanam, membincang bermaksud membicarakan sesuatu secara berkumpulan bagi menyelesaikan masalah atau isu , mencapai keputusan dan sebagainya. Berbincang pula bermaksud bercakap-cakap dengan seseorang tentang sesuatu perkara penting bagi menyelesaikan isu atau masalah atau mencapai keputusan dan sebagainya.Lain-lain17.09.2023
apakah tugas pemidato?Pemidato ialah orang yang berpidato. Pidato bermaksud ucapan yang disampaikan kepada khalayak ramai; ceramah yang membicarakan sesuatu perkara. Jadi tugas pemidato ialah menyampaikan ucapan kepada khalayak berkenaan dengan sesuatu perkara.Lain-lain08.07.2008
definisi sejarah sastera Sastera sejarah adalah suatu cabang daripada kesusasteraan Melayu tradisional yang membicarakan sejarah sesebuah kerajaan. Secara umum sastera sejarah sering kali  memakai judul permulaan sebagai hikayat, silsilah, salasilah, misa dan tawarikh seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Acheh, Silsilah Melayu dan Bugis, Misa Melayu dan Tawarikh Salasilah Negeri Kedah.          Bentuk sastera sejarah boleh dibahagikan kepada dua, iaitu dalam bentuk prosa dan bentuk puisi. Karya yang berbentuk prosa merupakan sejarah sesebuah kerajaan atau negeri tentang bangun dan jatuhnya sebuah kerajaan itu dengan menyenaraikan susur galur pemerintahnya. Manakala bentuk puisi pula, lazimnya ditulis dalam bentuk syair yang menceritakan sesuatu peristiwa bersejarah yang berlaku dalam sesuatu tempoh waktu tertentu seperti Syair Perang Johor, Syair Kampung Gelam Terbakar, Syair Perang Siak dan sebagainya.          Karya sastera sejarah, umumnya terbahagi kepada tiga jenis. Pertama karya sejarah yang meriwayatkan jurai keluarga diraja. Misalnya Sulalatus Salatin yang cukup terkenal dalam kalangan kita. Di dalam Sulalatus Salatin, pengarangnya, Tun Seri Lanang menjurai asal usul keturunan raja Melayu dari awal hingga kejatuhan kerajaan Melayu Melaka.           Jenis sastera sejarah yang kedua pula hanya memfokuskan kisah seseorang tokoh seperti dalam Hikayat Acheh yang menceritakan tentang ketokohan Raja Iskandar Muda. Sastera sejarah yang menekankan pada sesuatu peristiwa seperti Syiar Kampung Gelam Terbakar dan Perang Makasar adalah jenis karya sastera yang ketiga.          Salah satu ciri yang menyebabkan  sastera sejarah tidak dianggap sepenuhnya sejarah kerana ada unsur-unsur mitos dan legenda serta unsur-unsur fiksyen-fantasi yang turut dimuatkan oleh para pengarang sastera sejarah. Unsur-unsur ini dimuat adalah dengan tujuan-tujuan tertentu seperti untuk menambahkan faktor kekaguman rakyat kepada kebesaran sesebuah kerajaan atau jurai keturunannya. Lain-lain06.08.2008
Boleh saya dapatkan istilah-istilah berbentuk kemelayuan yang terdapat di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Untuk makluman saudara belum ada senarai khusus yang membicarakan tentang istilah-istilah kemelayuan dalam kamus, sila rujuk kamus dengan terperinci (menyemak entri satu per satu) untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Lain-lain05.04.2010
saya ingin mengetahui fungsi diksi dalam karya sastera

Diksi dalam maksud yang mudah ialah 'pemilihan kata'. Bila melihat diksi dalam karya sastera, kita akan membicarakan tentang pemilihan perkataan-perkataan yang khusus oleh pengarang. Adakah perkataan-perkataan yang dipilih itu sesuai dengan tema cerita? Adakah perkataan itu dapat dengan jelas dan berkesan menggambarkan satu-satu peristiwa atau suasana? Adakah perkataan-perkataan itu dapat menerangkan tentang watak, sifat dan gerak lakunya?Secara umum dalam kajian diksi dalam karya sastera kita boleh melihat dari dua sudut, iaitu perkataan yang konkrit dan abstrak. Sekian, terima kasih.

Lain-lain28.08.2009
Tuan, apakah beda antara "membincangkan" dengan "memperbincangkan", "mengatakan" dengan "memperkatakan", "membahas" dengan "memperbahaskan", dan kata-kata lain? Sila rujuk WordPad saya untuk pemahaman lanjut dan saya meminta keterangan tuan yang lebih terang. Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, membincangkan bermaksud memperkatakan atau membicarakan. Mengatakan bermaksud 1. mengeluarkan kata-kata (bahawa), mengucapkan, menyebutkan, menuturkan 2 menceritakan, mengisahkan, memberitahukan, menyampaikan 3. memisalkan, mengandaikan 4. mencakapkan (untuk atau sebagai melahirkan pandangan dan lain-lain tentang sesuatu). Memperkatakan bermaksud 1. melahirkan (dengan kata­-kata), mempercakapkan, menceritakan 2. membincangkan, membicarakan. Membahas bermaksud 1. menyatakan tidak setuju dengan sebab-sebab tertentu. 2. menyelidik; memeriksa. Memperbahaskan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai bahan berbahas; memperdebatkan. Untuk maklumat lanjut mengenai perkataan yang tidak ada dalam Kamus Dewan, sila hubungi Bahagian Perkamusan, DBP.Makna13.12.2016
saya posaimah sedang belajar bahasa melayu dasar,ingin bertanya,apakah pidato dalam bahasa melayuMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, pidato bermaksud ucapan yang disampaikan kepada khalayak ramai; ceramah yang membicarakan sesuatu perkara.Makna24.10.2013
1234

Kembali ke atas