Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bi.ca.ra.kan] | ممبيچاراکن

Definisi : 1. mempercakapkan, memperkatakan, membincangkan: akan terbit pula sebuah buku yg ~ novel-novel sebelum perang; 2. mengadili sesuatu perkara di mahkamah: perkara itu harus diadukan kpd polis dan dibicarakan di mahkamah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bi.ca.ra.kan] | ممبيچاراکن

Definisi : 1 memberikan pendapat ttg sesuatu; membincangkan: Sebuah buku yg ~ sejarah perkamusan Melayu akan diterbitkan tidak lama lagi. 2 mendengar serta mengadili sesuatu perkara dlm mahkamah: Tuan Hakim telah ~ kes pembunuhan itu dgn adilnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membicarakan

Peribahasa

Adat di atas tumbuh,
     pusaka di atas tempat.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
romanceromanKesusasteraanTiadaNaratif yang membicarakan tema kewiraan, pencapaian luar biasa wira serta sifat dan cinta kesateriaannya. Makna lain bagi roman ialah karya yang bukan ditulis dalam bahasa Latin dan cerita-cerita kesaterian Perancis lama. Cerita roman sering mengisahkan watak (atau kejadian) dalam dunia istana khayalan yang mengaitkan elemen fantasi, luar biasa, kemewahan, cinta, pengalaman mendebarkan, keajaiban, mitos dan kejahilan. Elemen fanstastik dalam karya roman sering menunjukkan ciri yang tidak realistik dengan watak yang berkemungkinan tidak wujud, latar hias cerita di luar dunia kini. Karya roman secara prinsipnya adalah untuk hiburan, tetapi boleh menjadi didaktik secara tidak sengaja. Watak utama dalam karya roman biasanya digolongkan dalam jenis yang berupa tipa induk. Kekuatan karya roman adalah pada paparan emosi yang dalam, subjektif, dan penuh keghairahan. Pada abad ke-13, karya roman berbentuk cerita pengalaman yang mendebarkan, kesateriaan atau cinta yang ditulis dalam bentuk lirik. Karya sebegini akhirnya ditulis dalam bentuk prosa. Koleksi Kisah Seribu Satu Malam dari Timur Tengah banyak mempengaruhi karya roman Eropah. Pada Zaman Pertengahan Eropah, karya roman mengandungi tiga peringkat utama: Pertama, mengenai Britain yang termasuk kisah Arthur yang diceduk daripada Breton Lays. Kedua, mengenai Rome yang mengaitkan kisah Alexander, peperangan Trojan dan Thebes, dan Ketiga, mengenai perancis yang berkaitan Charlemange dan kesateriaannya. Di Britain, roman bangsawan berjudul Sir Gawain and the Green Knight ditulis pada abad ke-14. Pada abad selepasnya, Sir Thomas Mallory menulis karya prosa bertajuk Le Morte Darthur dan karya itu dihasilkan dalam bentuk prosa. Penulis terkenal dalam Kesusasteraan Barat yang menghasilkan karya roman sehingga abad ke-17 termasuklah, Spenser (Faerie Queene), Sidney (Arcadia � 1590), Chaucer (Tale of Sir Thopas), dan Cervantes (Don Quixote � 1605). Pada abad ke-18, elemen roman masih ada dalam novel, tetapi elemen ini menekankan kisah seharian, sosial, dan domestik � kecuali novel yang berbentuk pikares. Antara penulis terkenal dengan karya roman selepas abad ke-18 ialah Keats, Coleridge, Shelly, Hawthorne, dan Meredith. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa novel tulisan Joseph Conrad berjudul Lord Jim (1900) dan Romance (1903) tergolong dalam kategori roman kerana elemen luar biasa, esotik, asing dan sifat berlebihan dalam karyanya. Contoh paling terkenal penulis novel roman sastera Inggeris moden ialah Emily Bronte melalui novelnya berjudul Wuthering Heights. Istilah roman berasal daripada bahasa Perancis lama romaunt dan roman yang bermaksud �lirik roman istana�.
pyrometallurgypirometalurgiKejuruteraanTiadaSubbidang metalurgi yang membicarakan proses dan teknik yang menggunakan haba untuk mendapatkan logam bijih.
satiric dramadrama satiraKesusasteraanTiadaDrama yang membicarakan persoalan secara ironi atau sindiran.
satirical poempuisi satiraKesusasteraanTiadaPuisi yang membicarakan persoalan dengan menggunakan unsur-unsur ironi atau ejekan.
ethicsetikaSejarahTiadaSubbidang ilmu falsafah yang membicarakan tentang perilaku atau moral semula jadi manusia.
madrigalmadrigalKesusasteraanTiadaSajak lirik pendek, biasanya membicarakan tentang tema cinta dan pastoral, ditulis untuk menjadi muzik atau nyanyian latar.
physical metallurgymetalurgi fizikalKejuruteraanTiadaSubbidang metalurgi yang membicarakan sifat-sifat fizik dan mekanik logam.
neuropsychologyneuropsikologiPsikologiPsikologi UmumCabang ilmu psikologi yang membicarakan tentang aktiviti saraf dalam tingkah laku individu. Bidang ini mempunyai kaitan dengan bidang psikologi lain seperti psikologi biologi, psikologi fisiologi atau fisiologi tingkah laku. Antara aspek yang dilihat ialah ciri-ciri saraf dan aktivitinya dalam penghantaran maklumat saraf untuk mengendalikan tingkah laku terutama sekali yang melibatkan kemandirian manusia dan haiwan. Ahli neuropsikologi mengkaji otak dan sistem saraf lain untuk memahami secara mendalam fenomena psikologi seperti kesedaran, persepsi, memori, emosi, kecelaruan mental dan identiti diri.
acoustoopticsilmu akusto-optikFizikOptikIlmu fizik yang membicarakan tentang saling tindakan di antara gelombang akustik dan cahaya.
Election JudgeHakim Pilihan RayaUndang-undangTiadaHakim yang membicarakan petisyen pilihan raya.
1234

Kembali ke atas