Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bi.lang] | ممبيلڠ

Definisi : bp mengatakan; apa yg hendak dibilang apa yg hendak dikatakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bi.lang] | ممبيلڠ

Definisi : 1. menghitung (mengira) satu demi satu: bibirnya bergerak-gerak bagai lebai ~ tasbih; 2. memperhitungkan, memperkirakan, memerhatikan: tiada pula sunyi orang ~ harapan kalau-kalau ia masih hidup; apabila ia melompat, maka sekalian kami lihat spt gunung api, tiada ~ lawannya; kadang-kadang Nordin termenung membilang-bilang nasibnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bi.lang] | ممبيلڠ

Definisi : menghitung satu demi satu: Anak kecil itu dpt ~ dr satu hingga seratus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membilang

Puisi
 

Nyiur manis di tebing raut,
     Masak sebutir membilang tandan;
Adik pergi melangkah laut,
     Abang di rumah membilang bulan.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Menengadah membilang layas,
     menungkup membilang lantai.

Bermaksud :

Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu. layas = bilah tempat meletakkan atap.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bilang menuruncount backMembilang nombor dalam susunan menurun. Nilai nombor semakin kecil. Contoh, 80, 70, 60, 50, 40, 30.Sekolah Rendah
bilang menaikcount onMembilang nombor dalam susunan menaik. Nilai nombor semakin besar. Contoh, 10, 20, 30, 40, 50, 60, 70.Sekolah Rendah
bilang melangkauskip countingMembilang mengikut turutan yang tetap. Contoh, 3, 6, 9, 12, 15 …Sekolah Rendah
nombor aslinatural numberNombor yang digunakan dalam proses membilang iaitu 1, 2, 3, ...Menengah Atas
nombor aslinatural numberNombor yang digunakan dalam proses membilang, iaitu 1, 2, 3, ... .Menengah Rendah

Kembali ke atas