Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bi.lang] | ممبيلڠ

Definisi : bp mengatakan; apa yg hendak dibilang apa yg hendak dikatakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bi.lang] | ممبيلڠ

Definisi : 1. menghitung (mengira) satu demi satu: bibirnya bergerak-gerak bagai lebai ~ tasbih; 2. memperhitungkan, memperkirakan, memerhatikan: tiada pula sunyi orang ~ harapan kalau-kalau ia masih hidup; apabila ia melompat, maka sekalian kami lihat spt gunung api, tiada ~ lawannya; kadang-kadang Nordin termenung membilang-bilang nasibnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bi.lang] | ممبيلڠ

Definisi : menghitung satu demi satu: Anak kecil itu dpt ~ dr satu hingga seratus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membilang

Puisi
 

Nyiur manis di tebing raut,
     Masak sebutir membilang tandan;
Adik pergi melangkah laut,
     Abang di rumah membilang bulan.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Menengadah membilang layas,
     menungkup membilang lantai.

Bermaksud :

Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu. layas = bilah tempat meletakkan atap.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan, emak membilang butir-butir dari kalung mutiara yang dibelinya. butir-butir percakapannya tidak difahamni kerana sebutannya terlalu cepat. (tuan, adakah butir-butir boleh diguinakan dalam ayat di atas? TQ)

Penggunaan butir-butir dalam ayat tersebut adalah betul. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16.

Tatabahasa15.08.2011
Salam sejahtera Tuan. 1. Apakah perbezaan antara mengira, menghitung dan membilang dalam konteks matematik? 2. Apakah beza antara nombor, angka dan digit dalam konteks matematik? Mohon pihak Tuan boleh memberikan contoh supaya lebih jelas dengan penggunaan perkataan yang tersebut di atas. Sekian, terima kasih.

 1. Mengira, membilang, menghitung merupakan kata sinomin dalam konteks matematik  yang merujuk kepada perbuatan mengira, membilang atau menghitung untuk mengetahui banyaknya atau jumlahnya (wang, pendapatan, keuntungan dll); Dia ~ wang yg baru diterimanya. 

2. Angka/ Nombor: Simbol atau lambang untuk mewakili sesuatu nombor. Contohnya, I, II, III, IV, V, VI, VII, ... dan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, …

3. Digit: Simbol asas dalam sistem penomboran iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. Contohnya, nombor 45 651 mempunyai lima digit.

Lain-lain22.01.2019
1. esa (kata nama atau kata adjektif?) 2. bolehkah menggunakan perkataan esa untuk membilang? Contoh: esa, dua, tiga, empat... 3. Adakah penggunaan pktn 'esa' yg berikut betul? (3a) Pada esa hari,... (3b) Saya ada esa buku. (3c) Saya mendapat tempat esa dalam kelas. Terima kasih.Esa ialah kata Adjektif. Justeru, tidak sesuai digunakan untuk membilang.Lain-lain20.02.2011
Apakah penjodoh bilangan yang paling tepat untuk membilang pisang tanduk selain sisir atau tandan? Adakah 'biji' boleh digunakan untuk membilangnya bagi merujuk dua biji pisang tanduk? Terima kasih.Penjodoh bilangan biji boleh digunakan untuk merujuk bilangan dua biji pisang.Lain-lain13.12.2011
adakah terdapat perbezaan antara pelbagai jenis barang dan berbagai-bagai jenis barang dan berbagai-bagai barang serta pelbagai barang? penggunaan jenis dalam frasa tersebut perlu atau bersifat lewah? macam mana ngan penggunaan berbagai-boleh digunakan untuk membilang ke? tq

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat antara makna kata bagai ialah jenis. Kata pelbagai bermaksud berbagai-bagai,beberapa jenis. Sila rujuk halaman 102. Oleh yang demikian, sudah memadai apabila kita menggunakan frasa pelbagai barang atau berbagai-bagai barang. Kata berbagai pula bermaksud berbanding, bersamaan dan bukan digunakan untuk membilang.  

  

Tatabahasa28.01.2008
Apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai bagi kurikulum?Dalam bahasa Melayu, penodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit (bukan abstrak) seperti orang, haiwan, benda, tempat, dan sebagainya. Justeru, tidak semua benda memerlukan penjodoh bilangan seperti kurikulum yang tidak dapat dinilai bentuknya.Tatabahasa09.08.2015
Salam. boleh berikan perbezaan bentuk dan makna antara satu, suatu, dan sesuatu.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, satu bermaksud 1. angka permulaan membilang bilangan (1), esa:  2. (bahasa percakapan) ganjil (dalam maksud mencemuh, marah, dan lain-lain), lain daripada yang lain, pelik 3. bersebati (menjadi satu) 4. = ~ hati bermuafakat benar, seia sekata; 5. duduk bersama (sebagai suami isteri) 6. (bahasa halus) melakukan hubungan jenis, bersetubuh, bersama; menyatukan . Suatu bermaksud 1. hanya satu, satu 2. (sastera lama) tiap-tiap satu 3. (sastera lama) pertama-tama, yang pertama. Sesuatu bermaksud perkara (hal, barang, dan lain-lain) yang kurang atau belum tentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna06.07.2014
mohon penerangan dan contoh tentang kata nama konkrit dan penjodoh bilangan (aras murid tahun 4)Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat seperti rumah, guru dan pistol. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit seperti sebuah rumah, seorang guru dan sepucuk pistol.Tatabahasa17.03.2014

Kembali ke atas