Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bim.bing] | ممبيمبيڠ

Definisi : 1. memegang tangan dan memandu, memimpin: ia segera keluar ~ anaknya yg rupa-rupanya sakit; 2. ki memberi petunjuk (huraian dll), memimpin: keperluan besar utk ~ pelajar-pelajar sastera ialah buku-buku tentang hakikat puisi dan pengulas-pengulas sajak; agama Islam ~ manusia ke jalan yg benar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bim.bing] | ممبيمبيڠ

Definisi : 1 memegang tangan utk memandu; memimpin; menuntun: Seorang pegawai di pusat pembuangan undi telah ~ ibu tua itu ke kotak undi. 2 ki memberikan petunjuk (asuhan, penjelasan dsb); mengasuh; melatih: Dia sendirilah yg ~ anak-anaknya sehingga mereka mencapai kejayaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membimbing


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tugas kita ialah membimbing Dan mendidik pelajar. Kata membimbing Dan mendidik frasa Nama atau frasa kerjaPerkataan membimbing dan mendidik ialah kata kerja.Tatabahasa30.07.2015
Apakah maksud dalam bahasa bagi 1. managerial coaching 2. coaching Bolehkah kita menyatakan peranan coaching itu sebagai membimbing atau perkataan membimbing sesuai utk mentoring. untuk area pengurusan sesuaikah kita menggunakan perkataan coaching sebagai jurulatih...kerana jurulatih lebih sesuai untuk area sukan. Ataupun kita boleh gunakan perkataan coaching atau coach dalam bahasa. Terima KasihUntuk makluman terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "coaching' dalam pangkalan data istilah DBP, iaitu latihan, latih, melatih, bimbingan, ajar dan tunjuk ajar. Oleh itu, puan boleh memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan.  Istilah "membimbing" boleh juga digunakan bergantung pada ayat dan konteks penggunaan. Istilah "jurulatih" biasanya digunakan dalam bidang sukan. "Coaching" atau "coach" tidak boleh digunakan kerana telah ada padanan bahasa Melayu.Istilah18.03.2016
Ayat yang manakah betul? (a) Cikgu membimbing saya menyelesaikan soalan yang sukar itu. (b) Cikgu membimbing saya menyelesaikan soalan yang susah itu. [Apakah beza antara ‘sukar’ dengan ‘susah’ dari segi penggunaan?]Sukar dan susah mempunyai maksud yang sama, kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa29.10.2015
Tujuan pembinaan sekolah agama ini adalah untuk membimbing sebelum banduan dibebaskan. Adakah ayat ini gramatis?Tujuan pembinaan sekolah agama ini untuk membimbing banduan sebelum dibebaskan.Tatabahasa28.10.2018
Saya bersyukur kerana mempunyai seorang guru yang sanggup membimbing saya sepanjang masa. Adakah penggunaan perkataan bersyukur betul atau tidak?Perkataan bersyukur boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa09.07.2015
Saya ingin menghubungi Puan Zaharah Nawawi yang pernah membimbing saya dalam penulisan sebelum ini . Saya ingin alamat email beliau .Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sedikit maklumat yang ada Puan Zaharah Nawawi mengetuai KEPEZI dan beliau boleh dihubungi melalui persatuan tersebut.Lain-lain08.06.2012
1. ERTI "BIMBINGAN" DALAM KAMUS DEWAN BAHASA? 2. "BIMBINGAN" DALAM SEKTOR PERGURUAN?

1. Bimbingan ialah perbuatan membimbing, iaitu petunjuk tentang cara melakukan sesuatu.

2. Bagi makna bimbingan dalam sektor perguruan, saudara perlu merujuk sektor tersebut kerana ia mungkin mempunyai konsep yang tertentu.

Makna05.05.2009
apakah maksud perkataan PENATARANPenataran bermaksud proses (usaha, kegiatan dan sebagainya) menatar. Kata akar penataran ialah tatar / menatar bermaksud mengajar (membimbing, memberikan kursus, dan lain-lain) untuk meningkatkan lagi kemampuan (pengetahuan, kecekapan, dan lain-lain).Makna22.11.2012
Saya ingin bertanya maksud PENATARAN BAHASA MELAYUPenataran bermaksud proses (usaha, kegiatan dan sebagainya) menatar. Kata akar penataran ialah tatar / menatar bermaksud mengajar (membimbing, memberikan kursus, dan lain-lain) untuk meningkatkan lagi kemampuan (pengetahuan, kecekapan, dan lain-lain). Dalam hal ini, penataran bahasa Melayu bermaksud kursus atau bimbingan yang diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bahasa Melayu.Makna10.02.2009
Selamat pagi tuan, Saya ingin bertanya tentang 1. kata ganti nama diri ketiga, "dia". Bolehkah "dia" digunakan sebagai objek? Contoh Ayat : i) Saya mengajar dia? ii) Saya memberi dia roti. 2. Apakah kata kerja untuk keadaan ini: jika seseorang jatuh terjelepok, kita hendak membantu dia bangun, adakah kata kerja ini ialah : memimpin ? memapah? membimbing? 3. masih perlu *bangun* ? membimbing budak itu bangun? memapah budak itu bangun? memimpin budak itu bangun? atau tidak perlu perkataan "bangun"? Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu.

1. Kata ganti nama “dia” boleh menjadi objek.

2. Jika seseorang itu jatuh terjelepok, kita hendaklah membantunya.

3. Tidak perlu berdasarkan contoh di atas.

Tatabahasa30.11.2022
1234

Kembali ke atas