Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bi.na] | ممبينا

Definisi : 1. membuat sehingga terdiri sesuatu (spt rumah, bangunan, jalan raya, dll), membangunkan, mendirikan: kerajaan ~ rumah murah utk golongan yg berpendapatan rendah; 2. membantu dlm proses menjadi besar: makanan yg ~ badan; 3. mengusahakan supaya lebih maju, membangunkan: ~ negara; 4. mewujudkan, membentuk: ~ satu masyarakat baru; ~ sikap baru; ~ rumah tangga yg bahagia; 5. mengembangkan: ~ plot cerita; 6. memajukan dan meninggikan mutu dan taraf serta memperkukuh kedudukan sesuatu (spt bahasa dll): ~ bahasa Melayu; 7. mendatangkan kebaikan, membawa manfaat, dapat memajukan (membaiki dsb) sesuatu: teguran yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bi.na] | ممبينا

Definisi : 1 membuat sesuatu bangunan, spt rumah supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2 mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membina


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERJANJIAN HAY-PAUNCEFOTE

Perjanjian Hay-Pauncefote membolehkan

Amerika Syarikat membina Terusan Panama. Ia telah

ditandatangani oleh Amerika Syarikat dan Great

Britain pada tahun 1901. Perjanjian tersebut

memberi kuasa hanya kepada Amerika Syarikat

untuk membina atau mengawasi kerja-kerja

pembinaan terusan yang merentangi segenting di

Amerika Tengah dan juga hak untuk

menguruskannya. Semua negara dikenakan bayaran

laluan yang adil dan sama dan menikmati hak yang

sama rata sewaktu aman. Pada masa peperangan,

Amerika Syarikat boleh menutup terusan itu kepada

mana-mana negara. Great Britain mengakui bahawa

Amerika Syarikat juga mempunyai kuasa untuk

mengukuh dan mempertahankan terusan tersebut.

UMUM 
KEDIAMAN DI TASIK

Kediaman di tasik. Penduduk awal di Eropah

kadangkala membina tempat kediaman di tasik

atau di pinggir tasik atau caruk. Ahli sains

menamakan rumah-rumah tersebut kediaman di

tasik. Mereka membina rumah mereka di atas

pelantar kayu yang didirikan di atas cerucuk atau

tiang.

UMUM 
SIEMENS

Siemens ialah nama keluarga bagi dua orang

saudara lelaki pencipta dan usahawan dari Jerman.

Werner von Siemens (1816–1892) membina talian

telegraf di Jerman, Rusia dan negara-negara Eropah

lain. Dia bersama-sama saudara lelakinya, membina

landasan kereta api elektrik dan lampu elektrik, dan

membantu memasang kabel telegraf laut dalam

yang awal. Semasa berkhidmat di bahagian

kejuruteraan tentera Prussia, Siemens mencipta dan

menambahbaikkan proses penyaduran elektrik.

Kemudian, dia mereka cipta dinamo yang digunakan

oleh saudara lelakinya untuk mengendalikan

landasan kereta api. Ernst Werner von Siemens lahir

di Lenthe berhampiran Hanover, Jerman.

UMUM 
ROSSE, EARL OF

Rosse, Earl of (1800–1867) ialah ahli astronomi

Ireland yang membina teleskop pantul, yang

pada masa itu merupakan yang terbesar dan

paling berkuasa di dunia. Dia mengambil masa

beberapa tahun untuk menyempurnakan kaedah

dan bahan-bahan yang digunakan untuk

membina cermin teleskop yang diperbuat

daripada logam yang bergilap. Teleskop itu

terletak di pekarangan rumah keluarga Rosse di

Birr Castle, di Kaunti Offaly. Dengan

menggunakan teleskop tersebut, Lord Rosse

dapat mengkaji langit dengan lebih terperinci.

Secara khusus dia dapat mengkaji tentang jisim

jerebu yang dikenal sebagai nebula.

UMUM 
PERALATAN PEMBINAAN

Peralatan pembinaan merupakan jentera yang

digunakan untuk membina dan merobohkan

jambatan, bangunan, dan struktur-struktur lain.

Jentera ini biasanya dapat menjimatkan tenaga

kerja, wang, dan masa. Sebuah jentera dapat

melakukan kerja yang lebih banyak dalam masa

satu jam berbanding seratus orang pekerja yang

menggunakan peralatan tangan dalam satu hari.

Jentera utama untuk membina bangunan termasuk

(1) jentera korek tanah, (2) mesin angkat dan kendali

bahan, dan (3) mesin pam.

UMUM 
BELL, ALEXANDER GRAHAMTokoh yang membina rangkaian telekomunikasi telefonTEKNOLOGITokoh
DEWEY, MELVIL LOUIS KOSUTHTokoh yang membina sistem perpustakaanTEKNOLOGITokoh
O'BRIEN, EDNA

O’Brien, Edna (1932– ), novelis Ireland yang

membina reputasinya melalui novelnya yang

pertama, The Country Girls , yang diterbitkan pada

tahun 1961. Karyanya yang lain termasuk The

Lonely Girl (1962), Girls in Their Married Bliss

(1963), dan The Love Object (1968). Dia juga

menulis beberapa buah cerpen, skrip drama

televisyen, dan skrip filem.

O’Brien lahir di Tuamgraney di Kaunti Clare,

Ireland. Dia berpindah ke England pada tahun

1958.

UMUM 
TEMBOK ROM

Tembok Rom ialah tembok penghalang yang

dibina oleh orang Rom di kawasan yang tidak

terdapat sempadan jajahan yang semula jadi.

Menjelang tahun 100 M., mereka telah membina

satu garisan tembok di negara yang kini ialah

Romania dan Jerman. Mereka kemudiannya

membina Tembok Hadrian dan Tembok Antonine

di sepanjang sempadan utara wilayah Britain yang

mereka jajahi. Tembok ini yang dikenali sebagai

Hadrian dan Antoninus Pius sempena nama dua

maharaja Rom, dan kemudiannya menjadi tembok

Rom yang paling masyhur.

UMUM 
OTIS, ELISHA GRAVES

Otis, Elisha Graves (1811–1861) ialah pereka

Amerika yang membina lif pertama yang

mempunyai alat keselamatan automatik. Alat ini

mencegah lif daripada jatuh jika tali yang

memegang lif putus. Otis membuat demonstrasi

lifnya pada tahun 1854 di New York City dengan

memotong tali yang memegang lif selepas dia

menaiki lif. Tetapi rekaannya tidak digunakan

dengan meluas sehingga kemunculan bangunan

pencakar langit pada tahun 1870-an.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas