Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bi.na.sa.kan] | ممبيناساکن

Definisi : 1. menjadikan binasa (rosak atau hancur sama sekali), memusnahkan: gajah-gajah liar telah ~ tanam-tanaman di pinggir hutan itu; 2. ki menjadikan binasa (diri), memusnahkan, menghancurkan: arak dan judi yg ~ dirinya; 3. ki membunuh, memusnahkan: ~ musuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bi.na.sa.kan] | ممبيناساکن

Definisi : membuat supaya binasa; merosakkan sama sekali: Hampir tiap-tiap malam, babi hutan datang ~ tanam-tanaman peladang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membinasakan

Peribahasa

Tajam lidah manusia melebihi tuntung keris.

Bermaksud :

Mulut manusia dapat membinasakan diri sendiri atau orang lain lebih lekas daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disinfectantpenyahjangkit/ disinfektanPerubatanTiadaBahan yang berkeupayaan membinasakan ataupun membasmi bakteria dan mikroorganisma lain.
disinfectantpenyahjangkit/ disinfektanPerubatanTiadaBahan yang berkeupayaan membinasakan ataupun membasmi bakteria dan mikroorganisma lain.
criminal damagekerosakan jenayahUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan membinasakan atau merosakkan harta kepunyaan pihak lain tanpa alasan yang diizinkan oleh undang-undang, dengan niat atau secara melulu tanpa mengira sama ada harta tersebut akan binasa atau rosak.
insecticideracun seranggaPerhutananPengurusan HutanBahan yang diadun khusus untuk membinasakan serangga.
cell-free extractekstrak bebas selBiologiGenetikSediaan yang diperoleh dengan cara memecahkan sel tanpa membinasakan organel dan zarah dalaman sel.
Tungkuska EventPeristiwa TunguskaMatematikTiadaPeristiwa yang dipercayai sebagai bebola api raksasa yang meletup pada 30 Jun 1908 di Siberia Tengah dan membinasakan satu kawasan yang luas.
tornadoputing beliungSainsHidrometeorologiTurus putaran udara yang kencang, berjuntai dari awan kumulonimbus dan hampir selalu kelihatan seperti awan corong atau tuba. pada skala tempatan tornado merupakan fenomena atmosfera yang paling membinasakan. Vorteksnya yang bergaris pusat melebihi 100 meter, berputar dengan kelajuan angin antara 150 � 500 km/j. Arah gerakan umum tornado dikawal oleh gerakan awan induk. Tornado terjadi di semua benua tetapi yang selalu berlaku ialah di Australia dan Amerika Syarikat dengan purata kejadian antara 140 � 150 setahun. Tornado terjadi sepanjang tahun dan sebarang masa dalam sehari, tetapi paling kerap semasa musim bunga pada tengah hari dan petang. Perbezaan kadang kala dibuat antara tornado siklon yang berlaku dalam peredaran siklon induk yang telah mantap terbentuk dan tornado olakan, iaitu tornado yang terjadi dengan cara lain.
tornadotornadoMeteorologiMeteorologi PerhubunganTurus putaran udara yang kencang, berjuntai dari awan kumulonimbus dan hampir selalu kelihatan seperti awan corong atau tuba. pada skala tempatan tornado merupakan fenomena atmosfera yang paling membinasakan. Vorteksnya yang bergaris pusat melebihi 100 m, berputar dengan kelajuan angin antara 150 km/j hingga 500 km/j. Arah gerakan umum tornado dikawal oleh gerakan awan induk. Tornado terjadi disemua benua tetapi yang selalu berlaku ialah di Australia dan Amerika Syarikat dengan purata kejadian antara 140 hingga 150 setahun. Tornado terjadi sepanjang tahun dan sebarang masa dalam sehari, tetapi paling kerap semasa musim bunga pada tengah hari dan petang.
shock wavegelombang kejutanKejuruteraanKejuruteraan KimiaGelombang mampatan yang berpunca daripada letupan dan pergerakan jasad pada halaju supersonik yang bergabung menjadi satu gelombang yang lebih bertenaga dan bergerak pada halaju supersonik. Gelombang ini membinasakan dan juga berguna untuk menyediakan suhu tindak balas yang tinggi bagi penyelidikan.

Kembali ke atas