Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bin.cang.kan] | ممبينچڠکن

Definisi : memperkatakan, membicarakan: tidaklah dapat saya terangkan dan bincangkan satu persatu isi undang-undang jenayah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bin.cang.kan] | ممبينچڠکن

Definisi : membahas sesuatu perkara utk mendapat kesimpulan; membicarakan: Mereka sedang ~ cara hendak meninggikan taraf hidup bangsa sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membincangkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang manakah betul atau tepat? Petikan membincangkan tentang punca-punca...atau Petikan membincangkan punca-punca.....Ayat yang betul ialah 'Petikan membincangkan punca-punca... Jika menggunakan 'tentang' ayat yang betul ialah 'Petikan berbincang tentang punca-punca.....Tatabahasa13.09.2007
1) Apakah kesalahan dalam ayat di bawah? -Cikgu Zafarul akan membincangkan tentang masalah tersebut dengan guru kaunseling.Ayat yang betul ialah "Cikgu Zafarul akan membincangkan masalah tersebut dengan guru kaunseling."

Perkataan "membincangkan" merupakan kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek sebagai penyambut iaitu perkataan "masalah" sebagai objek.
Tatabahasa17.06.2013
buku ini membincangkan bagaimana Islam menggariskan nilai etika dan sistem akhlak. soalan: Boleh ke pengguna 'bagaimana' di tengah ayat seperti di atas? jika tidak boleh apakah ayat yang sesuai. terima kasihKedudukan perkataan bagaimana dalam ayat tersebut adalah betul kerana selain berfungsi sebagai kata tanya, bagaimana juga membawa maksud 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: ( Kamus Dewan Edisi keempat)Tatabahasa03.12.2018
Tuan/Puan, Soalan seperti di bawah: (1) Selama tiga jam kami membincangkan tentang masalah itu di bilik mesyuarat. (2) Selama tiga jam kami membincang tentang masalah itu di bilik mesyuarat. (3) Selama tiga jam kami membincangkan masalah itu di bilik mesyuarat (4) Selama tiga jam kami berbincangkan masalah itu di bilik mesyuarat (5) Selama tiga jam kami berbincang tentang masalah itu di bilik mesyuarat Item (1) adalah salah setahu saya kerana imbuhan kan "membincangkan" tidak beleh disertai dengan kata sendi nama tentang di belakang. Adakah item (2),(3),(4) atau (5) betul dari segi tatabahasa? Terima Kasih atas tunjuk ajar dari pihak DBP.Ayat yang betul ialah Selama tiga jam kami membincangkan masalah itu di bilik mesyuarat dan Selama tiga jam kami berbincang tentang masalah itu di bilik mesyuarat. Betul, membincangkan ialah kata kerja transitif aktif yang perlu diikuti objek selepasnya.Tatabahasa10.12.2015
Selain isu buli,seminar itu turut membincangkan tentang masalah pengangguran yang semakin meningkat.Mohon pembetulanSelain isu buli, seminar itu turut membincangkan masalah pengangguran yang semakin meningkat.Tatabahasa06.06.2015
Tuan, apakah beda antara "membincangkan" dengan "memperbincangkan", "mengatakan" dengan "memperkatakan", "membahas" dengan "memperbahaskan", dan kata-kata lain? Sila rujuk WordPad saya untuk pemahaman lanjut dan saya meminta keterangan tuan yang lebih terang. Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, membincangkan bermaksud memperkatakan atau membicarakan. Mengatakan bermaksud 1. mengeluarkan kata-kata (bahawa), mengucapkan, menyebutkan, menuturkan 2 menceritakan, mengisahkan, memberitahukan, menyampaikan 3. memisalkan, mengandaikan 4. mencakapkan (untuk atau sebagai melahirkan pandangan dan lain-lain tentang sesuatu). Memperkatakan bermaksud 1. melahirkan (dengan kata­-kata), mempercakapkan, menceritakan 2. membincangkan, membicarakan. Membahas bermaksud 1. menyatakan tidak setuju dengan sebab-sebab tertentu. 2. menyelidik; memeriksa. Memperbahaskan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai bahan berbahas; memperdebatkan. Untuk maklumat lanjut mengenai perkataan yang tidak ada dalam Kamus Dewan, sila hubungi Bahagian Perkamusan, DBP.Makna13.12.2016
Bolehkah anda pastikan kesalahan dalam ayat ini? Alif dan Kumaran membincangkan tentang masalah lumba haram yang berlaku di kampung mereka.

Ayat yang betul ialah : Alif dan Kumaran membincangkan masalah lumba haram  yang berlaku di kampung mereka ataupun Alif dan Kumaran berbincang tentang masalah lumba haram yang berlaku di kampung mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, di bawah tajuk Pembentukan Kata Kerja, halaman 150.

Tatabahasa13.12.2010
Soalan adalah berkenaan tajuk mesyuarat berikut: 1. Mesyuarat Bagi Membincangkan Isu xxxxx ...... 2. Mesyuarat Berkenaan Isu xxxxx .... Tajuk mesyuarat yang manakah sesuai? 1 atau 2 di atas?Biasanya tajuk ditulis dalam bentuk kata nama, seperti Mesyuarat Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Kalangan Pelajar. Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan sesuatu isu, maka tajuk mesyuarat terus fokus kepada isu berkenaan.Tatabahasa27.10.2021
Sebagai makluman, ekoran dari keputusan Mesyuarat Prestasi Hasil Bil 3/ 2015, keputusan telah diambil untuk membincangkan semula kertas cadangan penubuhan Makmal Kastam tersebut. Bahagian Perkhidmatan Teknik Ibu Pejabat adalah dipertanggongjawabkan didalam menyediakan kertas cadangan tersebut.Sebagai makluman, susulan Mesyuarat Prestasi Hasil Bil 3/ 2015, keputusan telah diambil untuk membincangkan semula kertas cadangan penubuhan Makmal Kastam tersebut. Bahagian Perkhidmatan Teknik Ibu Pejabat  dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kertas cadangan tersebut.Tatabahasa02.06.2015
Sekumpulan murid itu berkumpul untuk (berbincang/membincangkan) tentang masalah pelajaran. Yang mana satukah betul? Apakah beza antara penggunaan kedua-dua kata kerja tersebut?

1.    1. Ayat yang betul ialah Sekumpulan murid itu berkumpul untuk berbincang tentang masalah pelajaran.

2.    2. Perkataan berbincang bermaksud bercakap-cakap dengan seseorang tentang sesuatu perkara penting bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau isu, mencapai keputusan manakala perkataan membincangkan pula bermaksud membicarakan sesuatu secara berkumpulan bagi menyelesaikan masalah atau isu, mencapai keputusan dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 296.

Tatabahasa16.01.2024
12345678910...

Kembali ke atas