Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bi.ngung.kan] | ممبيڠوڠکن

Definisi : menjadikan hilang akal (gugup dll): leteran ibunya ~nya dan menyusahkan hatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bi.ngung.kan] | ممبيڠوڠکن

Definisi : menyebabkan menjadi bingung; menyulitkan fikiran; menghairankan: Kesulitan-kesulitan rumah tangga spt inilah yg ~ saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membingungkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan pertama: Apakah definisi Institusi? Soalan Kedua: Apakah yang dimaksudkan dengan "Institusi" yang bertanda bintang (*) pada borang pendaftaran pelanggan/pengguna baru Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) DBP, dan apakah yang patut ditulis pada ruangan tersebut? Agak membingungkan bagi pendaftar baru di kalangan orang awam. Terima Kasih.

Institusi bermaksud:

1. Badan atau organisasi yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan tertentu. Contohnya, institusi kewangan bank, institusi pengajian tinggi universiti atau maktab dan sebagainya.

2. Sesuatu seperti agama, ciri-ciri budaya dan lain-lain yang sudah berakar umbi atau menjadi kukuh dalam masyarakat. Contohnya, institusi pawang, bomoh atau dukun yang sudah ada dalam budaya Melayu sejak berabad-abad lamanya.

 

Institusi yang bertanda (*) pada borang pendaftaran pelanggan/pengguna baru Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) DBP bermaksud seseorang pelanggan/pengguna itu daripada badan atau organisasi mana. Contohnya, institusi kewangan, institusi pengajian tinggi, maktab, pelajar sekolah, pekerja swasta dan sebagainya.
Lain-lain12.02.2021
1. Apakah rangkai kata yang sesuai untuk menggantikan 'puzzle"? 2.Apakah pola ayat ini?t ~a. Buku itu saya beli. ~b. Jam tangan itu mahal harganya. 3. Apakah jenis ayat ini?~a. Pelajar-pelajar sekolah mudah terpengaruh dengan nilai-nilai negatif. ~b. Ayah sentiasa terkenang akan datuk saya. ~c. Dia amat tertarik oleh keindahan alam nyata.Menurut Kamus Dewan, padanan bahasa Melayu bagi perkataan “puzzle”  ialah teka-teki atau mainan teka-teki. Selain itu, ia juga bermaksud bingung, kebingungan; membingungkan dan juga memikir-mikirkan:

Pola ayat (a) Frasa nama + Frasa kerja
Pola ayat (b) Frasa nama + Frasa adjektif

Untuk makluman Tuan/Puan, Jenis Ayat terdiri daripada empat, iaitu Ayat Penyata, Ayat Tanya, Ayat Perintah dan Ayat Seruan. Ketiga-tiga jenis ayat yang dikemukakan ialah (a) Ayat Penyata, (b) Ayat Penyata ( c) Ayat Penyata
Tatabahasa23.04.2018

Kembali ke atas